♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Thursday 19 July 2012

Misteri Pondok Usang


Harap maklum! Gambar di atas sekadar contoh semata-mata, tiada kena-mengena dalam ini cerita! Ya, inilah kisah misteri pertama selepas sekian lama blog ini menyepi!

Amran, seorang wartawan yang sering mengupas cerita-cerita seram baru tiba dari Kuala Lumpur. Misinya kali ini ialah mahu membongkar kisah seram yang sering diceritakan kepadanya oleh seorang rakannya. Rakannya menyatakan dia pernah terserempak dengan lembaga di sebuah pondok usang yang terletak di hujung sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kayu Manis.

Menurut rakannya, ketika itu dia dan beberapa orang lagi sedang memungut durian yang gugur berhampiran pondok usang itu. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat lembaga hitam sedang berlari sebelum terhidu bau yang sangat busuk. Beberapa ketika kemudian kelibat lembaga itu kelihatan berjalan dan saat mereka cuba menegur, lembaga itu terkejut lalu menjerit. Jeritan lembaga itu turut menakutkan mereka, lantas kesemuanya bertempiaran lari.

Persoalan yang bermain di fikiran Amran, adakah lembaga yang mereka maksudkan itu 'Big Foot' yang sedang heboh ceritanya di dada-dada akhbar?

Ketika Amran singgah di warung kampung tersebut, seorang lelaki tua bertanya apa hajat Amran datang ke kampungnya. Lantas Amran menceritakan kisah yang dialami sahabatnya kepada lelaki tua tersebut. Beberapa penduduk kampung yang berada di warung turut mendengar cerita Amran.

Amran nekad mahu mengupas segala misteri paranormal yang berada di pondok usang itu. Beberapa orang penduduk kampung juga ingin menyertai misinya.

Malam itu, segala persiapan telah dibuat. Amran dan 3 orang sukarelawan masuk meredah hutan menuju ke pondok usang yang terletak agak jauh ke dalam. Ketika mereka sudah menghampiri pondok usang tersebut, mereka mulai terhidu bau yang sangat busuk. Amran memberanikan diri menghampiri pondok usang tersebut, di tangannya sudah tersedia kamera untuk dia menangkap gambar makhluk-makhluk yang mungkin akan muncul.

Tiba-tiba satu pukulan deras hinggap di belakang kepala Amran mengakibatkan Amran rebah tak sedarkan diri. 3 sukarelawan yang mengikutnya mulai lari lintang-pukang ketakutan tatkala melihat sebuah lembaga hitam berdiri tersergam di hadapan mereka membiarkan Amran terkulai sendirian di situ.

__________________________________________________

Amran membuka mata, dia baru tersedar dari pengsan. Kepalanya masih terasa sakit. Dilihatnya kiri dan kanan, dia agak terkejut dikerumuni beberapa penduduk kampung.

"Apa yang berlaku ni? Saya di mana?" soal Amran bingung.

"Kau di rumah ketua kampung. Itu Tok Abu, ketua kampung ni." jawab salah seorang penduduk kampung sambil menunjuk ke arah Tok Abu yang sedang bersembang dengan beberapa penduduk.

Dalam kebingungan, Amran terdengar perbualan seorang lelaki dengan Tok Abu berhampirannya.

"Saya tak faham betul la tok, apa budak-budak ni buat kat dalam kebun tu tengah-tengah malam? Minggu lepas saya sergah pencuri durian masa saya lepas berak kat jamban lama kat kebun tu, hari ni mangkuk ni pulak! Itu yang saya hambat dengan kayu, ingatkan penyamun! Siap bawak kamera pulak tu! Takkan nak ngendap saya berak pulak?!!" marah lelaki tersebut.

Rupa-rupanya makhluk yang diceritakan oleh rakan Amran ialah pemilik kebun durian tempat terletaknya pondok usang tersebut dan pondok itu sebenarnya.....Chait!!

1 comment:

Amalan said...

Rezeki seret? Butuh buat bayar utang atau modal usaha? Tenang!! Dengan membaca Amalan ini rezeki akan terus mengalir dari segala arah kepada yang mengamalkannya.

Cukup amalkan setiap hari dan lihatlah hasilnya nanti, Anda akan terkejut dengan derasnya rezeki yang tidak terduga yang datang kepada Anda.

Jika Anda berminat dengan Amalan ini silahkan kirim Email ke:

amalan.penarik.rizki@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...