♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Thursday 19 July 2012

Gangster!



Tercungap-cungap nafas adikku datang memanggilku di bilik. Ketika itu aku sedang leka melayari laman muka buku.

"Dah kenapa dengan kau ni?" soal aku kehairanan.

"Wei, tadi Nasir bagitau aku ada 1 group cina gangster berkumpul kat simpang bawah tu. Siap bawak kayu belati, aku rasa diorang carik kau ni Sham!" kata adik aku. Aku mulai kehairanan.

"Takkan sebab kalah main snooker sampai nak repeat kot?" soal aku. Adik aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

Aku segera bangkit, mempersiapkan diri. Soal nyawa bukan satu permainan bagiku. Kalau sebab kalah snooker sampai susun orang nak lanyak aku, aku tak akan berdiam diri.

Pedang samurai yang tersimpan di dalam almari telah aku keluarkan dari sarungnya. Dengan langkah seorang satria, aku menuju ke luar rumah menanti kedatangan mereka yang mahu membuat kacau.

Terketarlah hatiku dek degupan deras jantungku saat terlihat kelibat hampir 5 orang lelaki cina lengkap bersenjata kayu belati berjalan menuju ke arahku.

"Wan, andai pertempuran ni meragut nyawa aku maka sampaikanlah salam sayang aku pada mak dan ayah!" pesanku kepada adikku.

Tanganku mulai menggenggam kemas pedang, menanti untuk membuat serangan awal sebelum aku diserang. Mereka semakin hampir kepada aku.

"Kawan, apa pasal lu pegang ini pedang?" tanya salah seorang dari kumpulan lelaki cina tersebut.

"Gua dengar lu datang angkat kayu mau hantam gua pasal tak puas hati kalah snooker semalam!" jawabku marah.

"Ini kayu ke?? Haiya, gua angkat ini kayu pasal itu lu punya jiran punya anjing selalu kejar gua maa! Semalam dia sudah mau gigit sama gua, itu pasal la ini hari gua angkat kayu jalan sini mau hantam dia kalau dia kejar gua lagi!" jawab lelaki tersebut.

Aku yang sudah kemalu-maluan mula merenung adik aku tanda tak puas hati! Cilakak dia!!

Misteri Pondok Usang


Harap maklum! Gambar di atas sekadar contoh semata-mata, tiada kena-mengena dalam ini cerita! Ya, inilah kisah misteri pertama selepas sekian lama blog ini menyepi!

Amran, seorang wartawan yang sering mengupas cerita-cerita seram baru tiba dari Kuala Lumpur. Misinya kali ini ialah mahu membongkar kisah seram yang sering diceritakan kepadanya oleh seorang rakannya. Rakannya menyatakan dia pernah terserempak dengan lembaga di sebuah pondok usang yang terletak di hujung sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kayu Manis.

Menurut rakannya, ketika itu dia dan beberapa orang lagi sedang memungut durian yang gugur berhampiran pondok usang itu. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat lembaga hitam sedang berlari sebelum terhidu bau yang sangat busuk. Beberapa ketika kemudian kelibat lembaga itu kelihatan berjalan dan saat mereka cuba menegur, lembaga itu terkejut lalu menjerit. Jeritan lembaga itu turut menakutkan mereka, lantas kesemuanya bertempiaran lari.

Persoalan yang bermain di fikiran Amran, adakah lembaga yang mereka maksudkan itu 'Big Foot' yang sedang heboh ceritanya di dada-dada akhbar?

Ketika Amran singgah di warung kampung tersebut, seorang lelaki tua bertanya apa hajat Amran datang ke kampungnya. Lantas Amran menceritakan kisah yang dialami sahabatnya kepada lelaki tua tersebut. Beberapa penduduk kampung yang berada di warung turut mendengar cerita Amran.

Amran nekad mahu mengupas segala misteri paranormal yang berada di pondok usang itu. Beberapa orang penduduk kampung juga ingin menyertai misinya.

Malam itu, segala persiapan telah dibuat. Amran dan 3 orang sukarelawan masuk meredah hutan menuju ke pondok usang yang terletak agak jauh ke dalam. Ketika mereka sudah menghampiri pondok usang tersebut, mereka mulai terhidu bau yang sangat busuk. Amran memberanikan diri menghampiri pondok usang tersebut, di tangannya sudah tersedia kamera untuk dia menangkap gambar makhluk-makhluk yang mungkin akan muncul.

Tiba-tiba satu pukulan deras hinggap di belakang kepala Amran mengakibatkan Amran rebah tak sedarkan diri. 3 sukarelawan yang mengikutnya mulai lari lintang-pukang ketakutan tatkala melihat sebuah lembaga hitam berdiri tersergam di hadapan mereka membiarkan Amran terkulai sendirian di situ.

__________________________________________________

Amran membuka mata, dia baru tersedar dari pengsan. Kepalanya masih terasa sakit. Dilihatnya kiri dan kanan, dia agak terkejut dikerumuni beberapa penduduk kampung.

"Apa yang berlaku ni? Saya di mana?" soal Amran bingung.

"Kau di rumah ketua kampung. Itu Tok Abu, ketua kampung ni." jawab salah seorang penduduk kampung sambil menunjuk ke arah Tok Abu yang sedang bersembang dengan beberapa penduduk.

Dalam kebingungan, Amran terdengar perbualan seorang lelaki dengan Tok Abu berhampirannya.

"Saya tak faham betul la tok, apa budak-budak ni buat kat dalam kebun tu tengah-tengah malam? Minggu lepas saya sergah pencuri durian masa saya lepas berak kat jamban lama kat kebun tu, hari ni mangkuk ni pulak! Itu yang saya hambat dengan kayu, ingatkan penyamun! Siap bawak kamera pulak tu! Takkan nak ngendap saya berak pulak?!!" marah lelaki tersebut.

Rupa-rupanya makhluk yang diceritakan oleh rakan Amran ialah pemilik kebun durian tempat terletaknya pondok usang tersebut dan pondok itu sebenarnya.....Chait!!

Misteri Blog M.7. Kembali!

Assalamualaikum.

Isk, lama gila rasanya blog ni menyepi dengan penuh misteri. Terima kasih aku ucapkan buat rakan blogger yang selalu inbox aku di laman muka buku, beliau telah memujuk aku untuk kembali mengaktifkan misteri yang menyelubungi blog ni.

Ribuan ampun dan maaf aku ucapkan kepada semua, aku menyepi dari dunia blog atas beberapa faktor yang sebenarnya memaksa aku menarik diri buat seketika.

Alhamdulillah. Selepas sekian lama blog ini tergantung, akhirnya ianya kembali bernyawa dengan membawa kisah-kisah misteri lagi. Terima kasih rakan-rakan yang sentiasa setia menanti!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...