♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Tuesday, 1 November 2011

Balada Cinta Romeo : Part 4


Bahagian 7

Masuk kali ke-17 aku menguap di dalam kelas hari ni. Makin lama makin besar mulut aku menguap. Aku rasa muat la 2 ketul pemadam whiteboard tu masuk dalam mulut aku. Kelas Professor Kamaruddin atau lebih glamour dengan nama Prof. K sangat membosankan. Korang faham-faham la bila seorang pensyarah yang tunggu masa nak pencen ni bersyarah kat depan.

“Rumi, kau faham tak apa benda orang tua ni cakap?” soal Joe tiba-tiba.

“Sumpah aku tak faham,” jawab aku ringkas.

Prof. K meneruskan hujah-hujahnya dengan penuh semangat walaupun hakikatnya kami semua tak faham apa yang dia bebelkan di depan.

“Ok, setakat ini sahaja kelas untuk hari ini. Jangan lupa buat ulangkaji, exam semakin hampir.” Ujar Prof. K menamatkan kelas untuk hari ini.

Tamat je kelas maka berduyun-duyunlah semua keluar dari auditorium. Aku menuju ke satu sudut sambil menyalakan sebatang rokok. Pandangan aku kemudian meliar ke arah sekumpulan pelajar perempuan. Aku memerhatikan budak bernama Mira di situ. Entah macam mana dia pun terperasan pulak sepasang mata aku ni memandangnya, lantas dia pun menuju ke arah aku.

“Kau dok usha-usha aku kenapa?!” soal Mira tiba-tiba. Terkejut aku, ingatkan dia datang nak berkenalan.

“Usha kau? Bila pulak?” balas aku cover line.

“Kau ingat aku tak nampak? Dari cafe tadi kau dok usha aku! Ada masalah ke?” soal Mira lagi.

“Sorry la, aku tak hadap pun nak usha kau!” jawab aku.

“So, kalau kau tak usha aku maknanya kau ni juling la ye?” sindir Mira. Aku hanya mendiamkan diri. Dalam hati ni panas, Tuhan aje yang tahu.

Seketika kemudian Mira kembali ke kumpulannya sambil mentertawakan aku. Panas betul hati aku. Kalau ikutkan hati aku ni, mahu je aku lempar dengan pasu bunga. Nasib baik berat.

“Wei Rumi, dah kenapa budak Mira tu?” sapa Nash.

“Entah. Budak perasan cantik memang macam tu kot,” jawab aku. Tapi Mira memang cantik.

“Pada firasat aku la, dia tu sebenarnya ada feeling kat kau tu. Cuma dia jual mahal je!” sampuk Sahak pula.

“Banyak la kau punya firasat! Malas la aku nak layan budak macam tu! Harap muka cantik, tapi mulut macam.....Haish!” jawab aku marah.

“Cerita banyak tak guna la, jom pergi jamming!” ajak Nash.

“Kalau kau nak payung, aku on je!” balas aku slumber.

“Takde hal la, setakat 3 jam main apa la sangat!” jawab Nash.

Maka kami pun menuju ke studio berhampiran kolej. Tujuan utama, melepaskan tekanan belajar. Sambil berjalan tu sempat jugak la aku menjeling ke arah Mira. Nasib baik dia tak perasan.


Bahagian 8

Saat aku pulang ke rumah, kelihatan ayah sedang sibuk tuning gitar kesayangannya. Ayah kemudian terpandang kelibat aku di muka pintu.

“Lambat kau balik, mana pergi?” soal ayah.

“Balik kelas, singgah jamming dulu ayah. Ayah ni hari-hari dok tuning gitar tu, sound tak jugak cun!” usik aku.

“Pasal sound belum cun la ayah tuning. Apa lagu je kau main?” soal ayah.

“Banyak jugak la, 3 jam punya bantai.” Jawab aku.

“3 jam? Mengalahkan training konsert la korang ni! Dah, pergi mandi lepas tu solat. Rock tu Rock jugak, tapi dalam kubur nanti malaikat takde suruh kau main lagu Search!” perli ayah. Aku naik ke bilik sambil tersengih-sengih.

Selesai mandi dan bersolat, aku duduk di atas katil sambil melayari laman facebook. Entah macam mana secara tak sengaja aku terpandang akaun facebook milik Nooramira Md. Zin.

“Ni akaun Mira ni!” bisik hati aku. Dengan gatalnya aku meng’add’ Mira sebagai kawan.

Aku tak risau sebab akaun aku tak guna nama sebenar dan gambar aku. Maka timbul niat nak mengenakan Mira sebab siang tadi dia dah malukan aku.

“Siap kau Mira, kali ni aku kenakan balik kaw-kaw!” bisik hati jahat aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...