Tuesday, 1 November 2011
Misteri Pocong Di Puchong
Hebah sudah cerita tentang penemuan pocong di Puchong. Agak pelik, kenapa ia muncul di Puchong? Kenapa tak di Shah Alam? Kenapa tidak di Port Klang? Atau sekurang-kurangnya di belakang rumah anda yang membaca entry ini?
Kisahnya bermula sekitar jam 1.30 pagi. Rahman, seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kilang di kawasan perindustrian Puchong. Hari itu dia terpaksa pulang lewat kerana petugas shif malam masuk lewat atas sebab motor kehabisan minyak. Setibanya rakan itu, Rahman pun segera pulang mengayuh basikal buruknya.
Saat tiba di satu kawasan sunyi, hujan pula turun. Pada mulanya renyai-renyai, tapi makin lama makin lebat menyebabkan Rahman berteduh di sebuah pangkin yang didirikan oleh pekerja kontrak Indonesia beberapa kilometer dari tempat kerjanya.
Hampir sejam Rahman duduk berteduh di pangkin tersebut, namun tiada tanda-tanda hujan akan berhenti. Lantas dia mengambil keputusan untuk melelapkan mata di atas pangkin tersebut.
Hati Rahman terasa tidak sedap sangat, lebih-lebih lagi kawasan di sekitar agak gelap. Namun dia gagahkan diri memejamkan mata. Kemudian dia terkejut tatkala ada benda melompat di kakinya.
"Celaka punya kucing! Buat terkejut aku je!" bentak Rahman sebelum kembali merebahkan diri.
Entah macam mana Rahman terpandang sekilas lembaga di sebelahnya. Dia mulai rasa curiga, namun dia masih cuba menoleh. Alangkah terkejutnya dia melihat sekujur tubuh lembaga putih seakan pocong di sebelahnya. Dia cuba untuk lari, namun kakinya kaku. Dek kerana perasaan takut, dia pengsan di situ.
Keesokkan harinya hebahlah cerita mengenai penemuan pocong di Puchong oleh penduduk sekitar lebih-lebih lagi Rahman yang menjadi mangsa menceritakan pengalamannya. Misteri kemunculan pocong tersebut menarik perhatian Umar, seorang warga Indonesia yang mempunyai ilmu kebomohan yang tinggi.
Malam itu Rahman menemani Umar ke lokasi tempat dia bertembung dengan pocong tersebut. Semakin hampir mereka dengan pangkin itu, semakin meremang bulu roma masing-masing.
"Keras banget tempat ini, pasti pocong ini bukan calang-calang!" ujar Umar yang turut merasai aura keseraman tempat tersebut.
"Kat sini la saya nampak pocong tu!" kata Rahman sambil menunjukkan lokasi dia terserempat dengan pocong tersebut.
Umar membaca jampi serapahnya sambil terkontang-kanting langkah kakinya. Ditiupnya kiri dan kanan kemudian dicelah-celah cahaya bulan kelihatan pocong itu sedang baring di atas pangkin. Rahman mulai ketakutan namun digagahkan dirinya kerana Umar ada di sisinya. Seketika kemudian Umar mengetuk kepala Rahman!
"Goblok! Ini bukannya pocong, ini kan kampit simen! Buang masa aku aja kau ni!" marah Umar tatkala menyedari lembaga yang disangkakan pocong itu rupanya sekampit simen yang ditinggalkan di dalam guni putih atas pangkin tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sheraaammmmmm neyh.. :P cehhh
Post a Comment