♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Wednesday, 2 November 2011

Misteri Penunggu Kunci Air


Malam ini suasana agak sunyi, malahan menyeramkan bagi sesetengah penduduk sebuah perkampungan di selatan tanahair. Bagi otai-otai di kampung itu, ianya seperti malam-malam sebelumnya cuma ada kegerunan mereka untuk melalui sebuah kunci air yang terletak di hujung kampung.

Di kawasan kunci air tersebut sangat terkenal dengan kisah penunggu yang sangat garang. Sudah ramai orang yang terserempak dengannya, malahan kunci air yang selalunya menjadi port strategik bagi pasangan kekasih memadu asmara juga sudah lama lengang dari aktiviti terkutuk itu.

Menurut kisah yang disampaikan kononnya penunggu itu dahulunya seorang pekerja penyelenggaraan di kunci air tersebut yang mati lemas akibat terjatuh ke dalam tali air. Ada jugak yang kata dia dibunuh dengan cara dilemaskan. Tapi tak tahu la yang mana satu kisah yang betul.

Di kawasan tali air berhampiran kunci air ini juga telah menelan banyak nyawa, kebanyakkannya kanak-kanak yang lemas ketika leka bermain air. Ada juga yang lemas ketika leka memukat. Pada pandangan aku kematian tu tak ada kaitan langsung dengan penunggu tu cuma biasa la orang-orang tua ni cerita dia je lebih.

Dek kerana perasaan ingin tahu yang mendalam, aku cuba pergi ke situ sekitar beberapa bulan yang lepas ditemani adik aku. Sekitar jam 12 malam aku berlegar di kawasan kunci air tersebut, memang ada satu perasaan yang sangat menyeramkan lebih-lebih lagi di sekelilingnya dipenuhi semak, sangat sunyi serta jauh dari kawasan laluan orang ramai.

Lama jugak aku berlegar di situ, sempat jugak la memancing. Dapat la jugak macam-macam ikan. Sekitar jam 2 pagi, kelihatan kabus tebal mula menyelubungi segenap kawasan. Agak sejuk kat situ dan adik aku kata dia ternampak ada sepasang mata seakan memerhatikan kami tidak jauh dari situ. Bila disuluh ternyata hanya burung hantu yang duduk bertenggek di situ. Besar jugak burung hantu ni, seram aku dibuatnya.

Lebih kurang jam 3.20 pagi, terdengar bunyi salakan anjing serta suara seakan mengilai. Agak meremang bulu roma, maka macam-macam doa la kami baca termasuk doa makan sebab masa tu kebetulan kami tengah bakar ikan keli yang kami pancing.

Sekitar jam menunjukkan hampir 5 pagi, aku terperasan sesuatu menuju ke arah kami. Ketika itu kami masih leka memancing sambil menanti kelibat penunggu kunci air yang sering diceritakan penduduk setempat. Lembaga putih itu makin lama makin hampir ke arah kami, lantas aku mencuit bahu adik aku menyuruh dia melihat sendiri. Hati aku mulai berdebar-debar, menitik sudah peluh dingin.

Perasaan takut mulai menyelubungi segenap hati membuatkan kami bertempiaran lari dan kebetulan kaki aku tersandung batu menyebabkan aku menyembah bumi. Aku toleh ke belakang, lembaga putih itu semakin laju menghampiri aku. Ya Allah, barangkali ini dia penunggu kunci air yang diceritakan tu. Dan akhirnya dia di depan mata aku membuatkan segenap tubuh aku menggigil ketakutan.

"Korang ni dah kenapa? Apa buat kat sini pagi-pagi buta ni sampai berlari sakan macam nampak hantu? Pakcik nak pergi ke surau, dah nak Subuh ni. Moh kita ke surau," tegur lembaga putih tadi.

Hampeh betul, rupanya pakcik tu pakai jubah putih nak ke surau. Kayuh basikal pulak tu. Seram sejuk aku dibuatnya. Patut la nampak macam lembaga putih laju je menuju ke sini. Mati-mati aku ingat tu la penunggu kunci air tu.....

4 comments:

Lea Isnawi said...

hahahaha. terkena sudah.

g solat nuuu

Anonymous said...

wuuuu cuak tau..

terkena pulak dush2 :P

kamu, klu boleh tukar setting komen ye

http://blogsigadis92.blogspot.com/2011/10/wajib-baca-tips-dan-nasihat-untuk.html

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

haha . adeh la . tergelak choki . ngee :)

fie-lieyya dreams said...

saye sudah tidak tertipu lagi kali ini.. scroll dlu bce dri bawah.. hahahahahaahha
papepun kool ler citer neyh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...