♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Tuesday, 18 October 2011

Balada Cinta Romeo : Part 2


Bahagian 3

Aku celikkan mata, sekeliling aku gelap-gelita. Aku meraba-raba mencari suis lampu di tepi dinding. Saat jari halusku menolak tombol suis, alangkah terkejutnya aku melihat sekujur tubuh wanita berpakaian putih di hadapanku. Maka aku....Menjerit la!

“Hoi! Kau ni dah sewel ke? Tu la, dah banyak kali ayah cakap jangan tidur maghrib! Sudah, bangun pergi mandi! Lepas tu sembahyang!” marah ayah.

Aku mimpi rupanya, padan muka aku. Tapi bila aku bangkit nak menuju ke bilik air terasa menggigil pulak kaki ni. Rasanya side effect dari mimpi tadi kot.

Selesai mandi dan solat, aku berganjak turun ke bawah nak menikmati makan malam. Tangan ku membuka tudung saji di meja makan.

“Eh, takkan nasi goreng je ayah?” soal aku.

“Apa boleh buat, itu je yang ayah sempat study dulu.” Jawab ayah bersahaja.

“Tapi takkan la dari pagi sampai ke malam makan nasi goreng je ayah?” soal aku protes.

“Cukup baik la tu nasi goreng. Cuba kau tengok orang kat Somalia, nak makan sekali sehari pun sampai bergaduh tau. Belum lagi kat Papua New Guinea, nak makan ubi pun kena bergaduh dengan babi hutan.” Jawab ayah.

“Kenapa la ayah tak suruh Julie masak ke, Eva masak ke. Diorang kan perempuan,” protes aku lagi.

“Kau nak suruh kakak dengan adik kau masak? Alangkah masak nasi pun hangit!” jawab ayah. Maka terpaksalah aku telan jugak nasi goreng dalam keterpaksaan.


Bahagian 4

Aku melangkahkan kaki keluar merayau-rayau di bandar selepas menikmati makan malam yang ringkas dengan niat di hati nak cari makan lagi. Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah hari-hari makan nasi goreng mau kembang tekak jadinya. Tak boleh salahkan ayah jugak, kalau dia kahwin lain nanti kami 3 beradik jugak yang aniaya.

Maka lokasi persinggahan aku pastinya sebuah restoran Thai. Saat aku melabuhkan punggungku di situ, alangkah terpesonanya aku melihat pelayan-pelayan yang cantik molek di kedai tu. Patut la kedai penuh orang pun.

“Mahu order apa abang?” soal seorang pelayan cantik. Kecantikkannya memukau pandangan mata aku.

“Mahu awak......” jawabku tanpa sedar.

“Maaf, apa dia?” soalnya lagi tapi agak tegas membuatkan aku tersedar dari angau.

“Eh, salah salah. Bagi teh o ais dengan mihun sup,” pesan aku malu. Nasib baik la tak disepaknya muka aku.

Beberapa ketika kemudian pesanan aku sampai dan aku makan dengan rakusnya. Padahal baru je lepas makan kat rumah tadi, betul-betul nafsu iblis ni. Tiba-tiba bahu aku dicuit seseorang menyebabkan aku tersedak.

“Sorry Rumi, minum dulu. Apa ni lepak tak roger-roger?” sapa Joe, rakan sekuliah aku.

“Kau ni Joe, dah tak boleh nak bagi salam ke? Nasib baik la aku tersedak je, kalau arwah tadi?” marah aku. Marah la, dah orang main cuit-cuit je. Dah la aku baru lepas mimpi ngeri tadi.

“Rilek la, emosi lebih la kau ni. Apa la lepak sorang-sorang, bunga mana?” soal Joe.

“Apa sentul sangat kau ni, aku ni lelaki takkan la nak main dengan bunga!” jawab aku lurus.

“Bebal tak sudah-sudah kau ni! Maksud aku awek la! Aku tak pernah tengok kau keluar dengan awek, apa kau ni gay ke?” soal Joe gurau.

“Agak-agak la statement kau, berunsur fitnah pulak tu! Aku ni belajar pun tak habis lagi, ada hati nak bercinta. Ni duit pergi kelas hari-hari pun bapak aku tanggung tau!” jawab aku.

“Cari awek je pun, bukan suruh kau kahwin. Apa la bengap sangat kau ni Rumi?” bentak Joe geram.

“Dah tu kalau keluar dengan awek nanti nak makan minum macam mana? Takkan la aku nak kikis harta bapak aku semata-mata nak tabur dekat awek tu? Belum tentu dia jadi bini aku,” jawab aku jujur. Joe menepuk dahinya.

“Kau ni berkira sangat la Rumi, sekali-sekala je pun kan.” Protes Joe.

“Kau tau tak Joe, cinta ni sama macam dadah. Kalau dah sekali kena, tak boleh nak berhenti. Maksud aku, bila kau dah jumpa awek kau hari ni, mesti kalau boleh hari-hari nak jumpa. Bila dah hari-hari jumpa, tak ke pakai duit?” ujar aku bagaikan seorang Dr. Love.

“Tu aku tak boleh cakap apa la, dah minded kau macam tu.” Ujar Joe pula.

“Aku fikir-fikir balik, aku tak nak sia-siakan harapan bapak aku Joe. Dia hantar aku belajar, suruh aku bawak balik segulung ijazah. Bukan suruh aku bawak balik bakal bini,” jelas aku dengan alasan yang sangat relevan. Tanpa mempedulikan Joe, aku meneruskan misi aku menghabiskan semangkuk mihun sup yang terhidang di depan aku.

p/s : Opps..Bersambung lagi la kita ye......

Monday, 17 October 2011

Balada Cinta Romeo : Part 1


Bahagian 1

Nama aku Rumi, berusia 23 tahun dan masih menuntut lagi. Kenapa nama aku Rumi? Ayah aku la yang letak nama ni sebab fanatik sangat dengan lagu Rumie dan Julie nyanyian kumpulan Febians dulu. Aku anak kedua dari 3 beradik dan aku satu-satunya anak lelaki.

Yang sulong, kakak aku. Nama dia Julie. Ye la, dah nama aku Rumi maka nama dia mesti ayah aku letak Julie. Cun habis kakak aku ni, sesuai la dengan nama dia. Umur 25, baru habis belajar dan masih menganggur. Adik aku pulak namanya Eva Natasya, nama lagu kumpulan Febians jugak. Umur baru 20 dan sekarang ni masih lagi belajar. Ayah aku namanya Hassan, businessman yang berjaya. Umur muda lagi, baru 50 tahun. Mak aku pulak Khatijah namanya. Mak dah meninggal sebab sakit masa umur Eva 5 tahun. Tinggallah ayah membesarkan kami 3 beradik, kira bapa tunggallah.

Cukup dulu pasal family aku. Kalau aku nak cerita nanti mahu sampai ke atuk moyang aku semua. Sekarang ni aku nak cerita pasal aku, bukan pasal orang-orang lain di sekeliling aku. Sebab aku bukan ambik tahu pun kisah orang lain, tak gitu?


Bahagian 2

Bunyi jam loceng menujah di telinga aku, dengan rasa geramnya aku menghempas jam loceng tersebut ke tanah. Ini merupakan jam loceng yang entah ke berapa ratus menjadi mangsa kerakusan aku. Maka aku meneruskan layaran ku sampailah adikku, Eva menjerit di luar pintu.

“Abang!! Bangunlah, dah pukul 8! Kata ada kelas pukul 9?” jerit Eva.

Suara sumbang Eva telah berjaya mengejutkan aku. Memang kelam-kabut aku dibuatnya, dah pukul 8 pagi rupanya. Aku segera bersiap-siap, terpaksa la postpone mandi pagi. Faham-faham je la, jalan comfirm sesak pagi ni. Pulak pukul 9 kelas Puan Aminah, tutor yang paling aku benci. Siap pakai baju, seluar semua aku terus meluru turun ke bawah.

“Ya Allah! Rumi, kau tak mandi ke?” tegur ayah.

“Dah mandi la ayah,” jawab aku bersahaja.

“Baru berapa minit je adik kau menjerit depan pintu, kau turun ni kau kata dah mandi? Bila zamannya kau mandi?” soal ayah hairan.

“Semalam ayah!” jawab aku lantas aku salam dan cium tangan ayah dan terus meluru ke kereta.

Ayah hanya menggelengkan kepala, tak boleh nak cakap apa. Mesti masa dia muda dulu pun macam ni jugak, sebab tu dia tak marah.

Aku pijak paddle minyak kereta sepenuh perasaan. Kelas Puan Aminah ni kalau lambat masuk itu namanya cari pasal. Comfirm bernanah telinga aku kejap lagi. Mujur kuasa Allah menyelamatkan aku hari ni, macam tak percaya jalan tak sesak. Bukan tak sesak langsung, tapi kurang la sikit dari selalu.

Dengan hati riangnya, aku tiba di kolej tepat jam 8.40 pagi. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke kelas. Tiba-tiba mata aku terpandang pada sekeping nota yang terlekat di papan notis berhampiran kelas.

“PERHATIAN PELAJAR LAW GROUP 30, KELAS DIBATALKAN HARI INI DAN ESOK KERANA SAYA ADA URUSAN DI LUAR. SEKIAN, KESULITAN AMAT DIKESALI. YANG BENAR, PUAN AMINAH.”

Punyalah panas hati aku bila terbaca nota Puan Aminah. Classmate aku sorang pun tak reti-reti nak inform. Maka dengan hati yang mendidih, aku pulang ke rumah. Elok jugak, boleh aku sambung tidur puas-puas.

p/s : To be continue......

Misteri Bola Ping Pong

Amer berumur 15, merupakan seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggallah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya di dalam pelajaran. 

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan PMR.  

Suatu petang bapanya memanggil Amer.

"Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang di dalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."


Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan di dalam SPM, dia mendapat semua A dan melanjutkan pelajarannya dalam jurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya. Dia telah menerima anugerah sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya tetapi dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang siuman, tetapi masih berbangga.

Setelah itu Amer diterima bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan yang terbesar di Malaysia. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asyik-asyik bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta BMW M5." marah bapaknya.
 
Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk memandu uji keretanya. Namun, malang tak berbau. Amer terlibat dalam kemalangan yang teruk dan dimasukkan ke wad ICU.  Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer sudah tiada harapan untuk hidup lalu Amer mengeluarkan semua bola ping pong pemberian bapanya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ambiklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke faedahnya?” tanya bapaknya.

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." jawab Amer.

"Apa dia?" soal bapa Amer.

Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau????

Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.....

Mumble less Monday #6


Mumble less Monday #5

Sunday, 16 October 2011

Shocking Sunday #2


Dah lama tak jumpe cekelat ni..Hahaa..

Tinggal Potret Itu : Part 14 & 15 - Final Chapter

Shah berjalan menemani Ain pulang ke hostel. Ketika itu tanpa disedarinya datang lebih kurang 10 lelaki membawa kayu serta batang besi menyerang Shah dari belakang. Ain tergamam dan kemudiannya menjerit cuba mendapatkan bantuan.

Tiba-tiba mulut Ain ditutup dan terus diheret masuk ke dalam sebuah van dan terus dibawa pergi entah ke mana. Kumpulan lelaki terbabit kemudian berlari meninggalkan Shah pabila datang sekumpulan orang awam yang cuba membantu.

Shah cuba mengejar, tapi dek kesakitan itu menghalang dia berbuat demikian.

“Bangsat! Farooooooooooooooouk!” jerit Shah yang seakan dapat mengagak ini perbuatan Farouk.

Orang ramai cuba memberi bantuan semampu mereka namun Shah menolak dengan alasan itu urusan peribadi. Shah juga enggan membuat laporan polis.

“Aku akan habiskan kau Farouk!” bentak hati Shah.


Kedinginan malam diiringi hujan lebat tidak terasa buat Shah. Shah duduk di atas sejadah setelah selesai menunaikan solat Isyak dan solat sunat. Dia kemudiannya berdoa kepada Allah memohon perlindungan. Selesai berdoa dia bangkit menuju ke beranda.

Tanpa membuang masa Shah bersiap-siap. Di buka pintu almarinya dan mengambil sesuatu. Genggaman kemasnya menarik bilah sebuah pedang. Matanya merenung tepat ke arah mata pedang itu. Pedang itu kemudiannya disorok ke dalam sebuah beg galas.

Shah segera memulakan langkahnya. Langkah memburu Farouk dan konco-konconya. Seketika kemudian kedengaran telefonnya berdering.

“Hello Shah, aku ni Bad! Kau ada jumpa Ain tak? Nisa cakap dari petang tadi dia keluar tak balik-balik,” soal Badrul. Suaranya samar-samar kedengara di hujung talian.

“Ain kena culik! Pergi buat report polis, aku nak pergi cari Ain!” arah Shah.

“Kau biar betul? Bila? Siapa yang buat angkara ni?” soal Badrul lagi seakan tak percaya.

“Farouk!” jawab Shah ringkas sebelum dimatikan panggilan serta telefonnya. Shah menoleh di kiri dan kanan sekitar bandar mencari kelibat Farouk, namun pencariannya masih menemukan jalan buntu. Shah enggan mengalah.

Lebih kurang 2 jam mencari, Shah berhenti minum di sebuah warung berhampiran dengan kawasan pusat hiburan. Suasana di situ membingitkan telinga Shah kerana rata-rata pengunjung warung itu ialah orang-orang dari pusat hiburan dan disko-disko di sekitar.

Pandangan Shah kemudian terhenti. Dia terlihat kelibat seorang lelaki yang pernah mengganggu Ain ketika kejadian di taman tasek dulu. Dia membayar minuman dan kemudian bertindak mengekori lelaki itu.

Lelaki itu tidak sedar kelibat Shah mengekorinya. Langkah Shah terhenti di suatu sudut, kelihatan lelaki itu menemui Farouk yang baru keluar dari disko terhuyung-hayang. Ikutkan hatinya mahu saja dia pancung kepala Farouk, tetapi dia perlu bertindak bijak. Anak mata Shah memerhatikan gerak-geri Farouk. Saat Farouk masuk ke dalam kereta, Shah segera berlari mendapatkan keretanya dan kembali ke lokasi itu. Ketika itu dia nampak kereta Farouk baru sahaja keluar dari parking. Dia mengekori Farouk.

Setibanya di satu kawasan perumahan, Farouk menghentikan keretanya. Shah memerhati dari jauh. Kelihatan Farouk melangkah masuk ke sebuah rumah. Perlahan-lahan Shah menyusuri langkah Farouk, dia memerhatikan dari jauh. Shah hanya menanti masa sesuai.

Saat Farouk sedang membuka pintu rumah, Shah terus meluru menyerang Farouk bertubi-tubi. Rakan-rakan Farouk di dalam rumah cuba membantu, namun Shah terlalu licik. Farouk mengambil kesempatan melarikan diri di celah-celah kekalutan. Shah mengejar Farouk, dia tak mahu melepaskan Farouk kali ni.

Farouk yang ketakutan terus berlari, namun di belakangnya, Shah mengejarnya bagai seorang yang hilang akal. Farouk tersungkur rebah ke bumi, dan kesempatan itu diambil Shah. Shah menyerang Farouk bertubi-tubi. Keadaan itu menyebabkan orang ramai yang berada di situ bertempiaran lari ketakutan.

Tiba-tiba kedengaran orang menepuk tangan. Shah menoleh.

“Selamat malam, gangster!” sapa lelaki terbabit.

“Fairuz?” Shah terkejut melihat kelibat Fairuz.

“Gua tau lu kenapa lu marah sangat. Semua sebab dia ni kan?” ujar Fairuz sambil menunjuk ke arah Ain yang berada di dalam sebuah van.

“Bro, apa semua ni? Kau pun berpihak pada bangsat ni?” marah Shah sambil menyepak perut Farouk yang sudah tidak bermaya.

“Siapa kata gua berpihak pada dia? Barangkali lu dah lupa dengan Uncle Wong?” ujar Fairuz sambil ketawa jahat.

“Binatang! Jadi selama ni kau yang jadi punca semua ni?” soal Shah tak puas hati.

“Memang! Gua yang arahkan orang-orang gua serang lu kat court basketball malam tu, kemudian gua yang selamatkan lu. Gua buat semua ni cuma nak butakan mata hati lu! Jadi lu akan fikir si bangsat ni yang punya angkara. Tapi lu tak pernah terfikir hutang lu dengan Uncle Wong kan?” cerita Fairuz panjang lebar.

“Hutang apa lagi? Antara aku dengan Wong tak ada masalah!” ujar Shah bengang.

“Lu fikir lu senang-senang nak lepas? Lu fikir lu boleh blah macam tu je? Gua akan pastikan lu terima nasib yang sama dengan Suren, orang kanan lu!” ugut Fairuz.

“Suren? Suren kau bunuh? Binatang kau!” Shah terus meluru menyerang Fairuz dan konco-konconya. Dia sempat mencapai pedang di dalam beg lalu digunakan untuk menyerang.

Sekuat mana sekalipun Shah, dia tak mampu menentang Fairuz dan konco-konconya yang terlalu ramai. Shah rebah, tidak bermaya. Lantas tubuhnya diangkat melutut oleh mereka.

“Uncle Wong pernah cerita betapa bahayanya bermain dengan lu. Tapi hari ni orang bahaya sangat ni ada depan gua, dalam tangan gua, lembik, tak bermaya? Rupanya takde la hebat mana lu ni!” sindir Fairuz.

“Bangsat! Kau macam anjing, menyalak sebab kau ramai! Kalau kau jantan, satu lawan satu la!” teriak Shah geram.

“Dalam dunia ni, mana ada benda yang adil? Siapa bijak, dia raja! Siapa kaya, dia berkuasa! Dalam keadaan lu macam ni pun lu nak kerek lagi?” sindir Fairuz lagi.

Fairuz segera mengheret Ain dan melemparnya di hadapan Shah. Ain menangis teresak-esak dan mendakap Shah.

“Gua suka tengok drama! Drama malam ni sayangnya, penyudahnya sedih sebab gua nak lu tengok cinta hati lu mampus depan lu sebelum nyawa lu gua tarik!” jelas Fairuz.

“Kau bukan malaikat maut, bukan hak kau nak tarik nyawa orang la bangsat!” bentak Shah lantas dia melepaskan diri dari pegangan dan terus menikam dada Fairuz menggunakan sebilah pisau yang disorokkan di belakang seluarnya.

Fairuz terkedu, darah mulai membasahi segenap tubuhnya. Seketika kemudian orang-orang Fairuz mulai bertempiaran lari saat terdengar bunyi siren kereta polis. Ain mendapatkan Shah, didakapnya Shah erat-erat.

“Awak, awak OK ke? Awak tak apa-apa kan?” soal Ain sambil melihat keadaan Shah yang dipenuhi luka-luka.

Shah membelai wajah Ain, dilemparkan senyuman. Saat itu polis sudah mengepungnya, beberapa orang-orang Fairuz juga telah diberkas. Shah tahu, dia tak akan terlepas kali ini. Dikucupnya dahi Ain sebelum dia cuba menyerah diri kepada polis.

Tiba-tiba Shah terpana, kemudian terdengar 3 das tembakan dilepaskan oleh anggota polis. Ain terkejut melihat sebilah pisau menembusi dada Shah, tepat di jantungnya. Di belakang Shah, Farouk rebah selepas terkena tembakan yang dilepaskan polis. Shah rebah di pangkuan Ain.


“Awak! Kita pergi hospital ye, awak tak apa-apa kan?” soal Ain. Shah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Kelihatan polis mulai meminta bantuan kecemasan.

Shah menarik Ain, dibisikkan sesuatu ke telinga Ain.

“Saya cintakan awak sampai mati, sampai bila-bila.” Ucap Shah sebelum matanya terpejam. Ain terpaku mendengar bisikkan Shah. Saat dia menoleh, Shah sudah terpejam. Ain menangis semahu-mahunya di sisi Shah.


Ida dan Suraya mengesat airmata mereka, begitu juga Nisa. Seketika kemudian mereka terkejut melihat kelibat Ain di balik pintu rumah.

“Aku dah dengar dari tadi dan aku harap korang takkan rasa apa yang aku rasa,” ujar Ain. Lalu didakapnya Nisa sambil menangis.

“Aku sayangkan dia Nisa, aku terlalu sayangkan dia. Walaupun aku tak sempat rasa bercinta dengan dia, tapi hati aku tetap sayang dan rindu dia. Shah segala-galanya Nisa,” luah Ain sambil menangis di dakapan Nisa.

“Ain. Aku dan Badrul pun sayangkan dia, kau pun tahu dia kawan baik Bad. Aku faham perasaan kau, tapi biarlah dia pergi Ain. Jangan meratap kematian dia, nanti roh dia tak tenang.” Pujuk Nisa.

“Ain, walaupun kitorang tak pernah kenal Shah tapi kitorang dapat rasakan betapa dia sayang pada kau. Kalau kau sayangkan dia, berdoalah untuk dia.” Pujuk Ida dan Suraya pula. Lantas mereka berempat berdakapan dalam kesedihan.


Hujan renyai-renyai pagi itu bagaikan mengerti kesedihan hati seorang gadis bernama Ain. Dalam kesedihan hatinya, dia cuba kuatkan perasaan di hatinya.

Segenggam bunga ditaburkan di atas pusara Shah, disirami air mawar di pusara Shah sambil airmatanya tidak berhenti berlinangan.

“Nisa, Ida, Su...Cinta aku takkan pernah padam untuk Shah walaupun kami tak pernah declare untuk disatukan. Cinta aku akan tetap bersemadi bersama Shah,” ucap Ain sambil merenung pusara Shah.

“Aku tak ada simpan apa-apa kenangan lain kecuali ini,” ujar Ain sambil menunjukkan sekeping potret Shah yang diambilnya dari rumah Shah ketika dia, Nisa dan Badrul mengemas rumah Shah selepas kematiannya.



“Andai jasad aku sudah bersemadi jauh di dalam, simpanlah sedikit kenangan yang akan menghidupkan aku kembali. Aku akan sentiasa hidup jika aku sentiasa berada di dalam hatimu.” – Shah

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...