♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Tuesday 18 October 2011

Balada Cinta Romeo : Part 2


Bahagian 3

Aku celikkan mata, sekeliling aku gelap-gelita. Aku meraba-raba mencari suis lampu di tepi dinding. Saat jari halusku menolak tombol suis, alangkah terkejutnya aku melihat sekujur tubuh wanita berpakaian putih di hadapanku. Maka aku....Menjerit la!

“Hoi! Kau ni dah sewel ke? Tu la, dah banyak kali ayah cakap jangan tidur maghrib! Sudah, bangun pergi mandi! Lepas tu sembahyang!” marah ayah.

Aku mimpi rupanya, padan muka aku. Tapi bila aku bangkit nak menuju ke bilik air terasa menggigil pulak kaki ni. Rasanya side effect dari mimpi tadi kot.

Selesai mandi dan solat, aku berganjak turun ke bawah nak menikmati makan malam. Tangan ku membuka tudung saji di meja makan.

“Eh, takkan nasi goreng je ayah?” soal aku.

“Apa boleh buat, itu je yang ayah sempat study dulu.” Jawab ayah bersahaja.

“Tapi takkan la dari pagi sampai ke malam makan nasi goreng je ayah?” soal aku protes.

“Cukup baik la tu nasi goreng. Cuba kau tengok orang kat Somalia, nak makan sekali sehari pun sampai bergaduh tau. Belum lagi kat Papua New Guinea, nak makan ubi pun kena bergaduh dengan babi hutan.” Jawab ayah.

“Kenapa la ayah tak suruh Julie masak ke, Eva masak ke. Diorang kan perempuan,” protes aku lagi.

“Kau nak suruh kakak dengan adik kau masak? Alangkah masak nasi pun hangit!” jawab ayah. Maka terpaksalah aku telan jugak nasi goreng dalam keterpaksaan.


Bahagian 4

Aku melangkahkan kaki keluar merayau-rayau di bandar selepas menikmati makan malam yang ringkas dengan niat di hati nak cari makan lagi. Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah hari-hari makan nasi goreng mau kembang tekak jadinya. Tak boleh salahkan ayah jugak, kalau dia kahwin lain nanti kami 3 beradik jugak yang aniaya.

Maka lokasi persinggahan aku pastinya sebuah restoran Thai. Saat aku melabuhkan punggungku di situ, alangkah terpesonanya aku melihat pelayan-pelayan yang cantik molek di kedai tu. Patut la kedai penuh orang pun.

“Mahu order apa abang?” soal seorang pelayan cantik. Kecantikkannya memukau pandangan mata aku.

“Mahu awak......” jawabku tanpa sedar.

“Maaf, apa dia?” soalnya lagi tapi agak tegas membuatkan aku tersedar dari angau.

“Eh, salah salah. Bagi teh o ais dengan mihun sup,” pesan aku malu. Nasib baik la tak disepaknya muka aku.

Beberapa ketika kemudian pesanan aku sampai dan aku makan dengan rakusnya. Padahal baru je lepas makan kat rumah tadi, betul-betul nafsu iblis ni. Tiba-tiba bahu aku dicuit seseorang menyebabkan aku tersedak.

“Sorry Rumi, minum dulu. Apa ni lepak tak roger-roger?” sapa Joe, rakan sekuliah aku.

“Kau ni Joe, dah tak boleh nak bagi salam ke? Nasib baik la aku tersedak je, kalau arwah tadi?” marah aku. Marah la, dah orang main cuit-cuit je. Dah la aku baru lepas mimpi ngeri tadi.

“Rilek la, emosi lebih la kau ni. Apa la lepak sorang-sorang, bunga mana?” soal Joe.

“Apa sentul sangat kau ni, aku ni lelaki takkan la nak main dengan bunga!” jawab aku lurus.

“Bebal tak sudah-sudah kau ni! Maksud aku awek la! Aku tak pernah tengok kau keluar dengan awek, apa kau ni gay ke?” soal Joe gurau.

“Agak-agak la statement kau, berunsur fitnah pulak tu! Aku ni belajar pun tak habis lagi, ada hati nak bercinta. Ni duit pergi kelas hari-hari pun bapak aku tanggung tau!” jawab aku.

“Cari awek je pun, bukan suruh kau kahwin. Apa la bengap sangat kau ni Rumi?” bentak Joe geram.

“Dah tu kalau keluar dengan awek nanti nak makan minum macam mana? Takkan la aku nak kikis harta bapak aku semata-mata nak tabur dekat awek tu? Belum tentu dia jadi bini aku,” jawab aku jujur. Joe menepuk dahinya.

“Kau ni berkira sangat la Rumi, sekali-sekala je pun kan.” Protes Joe.

“Kau tau tak Joe, cinta ni sama macam dadah. Kalau dah sekali kena, tak boleh nak berhenti. Maksud aku, bila kau dah jumpa awek kau hari ni, mesti kalau boleh hari-hari nak jumpa. Bila dah hari-hari jumpa, tak ke pakai duit?” ujar aku bagaikan seorang Dr. Love.

“Tu aku tak boleh cakap apa la, dah minded kau macam tu.” Ujar Joe pula.

“Aku fikir-fikir balik, aku tak nak sia-siakan harapan bapak aku Joe. Dia hantar aku belajar, suruh aku bawak balik segulung ijazah. Bukan suruh aku bawak balik bakal bini,” jelas aku dengan alasan yang sangat relevan. Tanpa mempedulikan Joe, aku meneruskan misi aku menghabiskan semangkuk mihun sup yang terhidang di depan aku.

p/s : Opps..Bersambung lagi la kita ye......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...