♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Sunday 16 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 14 & 15 - Final Chapter

Shah berjalan menemani Ain pulang ke hostel. Ketika itu tanpa disedarinya datang lebih kurang 10 lelaki membawa kayu serta batang besi menyerang Shah dari belakang. Ain tergamam dan kemudiannya menjerit cuba mendapatkan bantuan.

Tiba-tiba mulut Ain ditutup dan terus diheret masuk ke dalam sebuah van dan terus dibawa pergi entah ke mana. Kumpulan lelaki terbabit kemudian berlari meninggalkan Shah pabila datang sekumpulan orang awam yang cuba membantu.

Shah cuba mengejar, tapi dek kesakitan itu menghalang dia berbuat demikian.

“Bangsat! Farooooooooooooooouk!” jerit Shah yang seakan dapat mengagak ini perbuatan Farouk.

Orang ramai cuba memberi bantuan semampu mereka namun Shah menolak dengan alasan itu urusan peribadi. Shah juga enggan membuat laporan polis.

“Aku akan habiskan kau Farouk!” bentak hati Shah.


Kedinginan malam diiringi hujan lebat tidak terasa buat Shah. Shah duduk di atas sejadah setelah selesai menunaikan solat Isyak dan solat sunat. Dia kemudiannya berdoa kepada Allah memohon perlindungan. Selesai berdoa dia bangkit menuju ke beranda.

Tanpa membuang masa Shah bersiap-siap. Di buka pintu almarinya dan mengambil sesuatu. Genggaman kemasnya menarik bilah sebuah pedang. Matanya merenung tepat ke arah mata pedang itu. Pedang itu kemudiannya disorok ke dalam sebuah beg galas.

Shah segera memulakan langkahnya. Langkah memburu Farouk dan konco-konconya. Seketika kemudian kedengaran telefonnya berdering.

“Hello Shah, aku ni Bad! Kau ada jumpa Ain tak? Nisa cakap dari petang tadi dia keluar tak balik-balik,” soal Badrul. Suaranya samar-samar kedengara di hujung talian.

“Ain kena culik! Pergi buat report polis, aku nak pergi cari Ain!” arah Shah.

“Kau biar betul? Bila? Siapa yang buat angkara ni?” soal Badrul lagi seakan tak percaya.

“Farouk!” jawab Shah ringkas sebelum dimatikan panggilan serta telefonnya. Shah menoleh di kiri dan kanan sekitar bandar mencari kelibat Farouk, namun pencariannya masih menemukan jalan buntu. Shah enggan mengalah.

Lebih kurang 2 jam mencari, Shah berhenti minum di sebuah warung berhampiran dengan kawasan pusat hiburan. Suasana di situ membingitkan telinga Shah kerana rata-rata pengunjung warung itu ialah orang-orang dari pusat hiburan dan disko-disko di sekitar.

Pandangan Shah kemudian terhenti. Dia terlihat kelibat seorang lelaki yang pernah mengganggu Ain ketika kejadian di taman tasek dulu. Dia membayar minuman dan kemudian bertindak mengekori lelaki itu.

Lelaki itu tidak sedar kelibat Shah mengekorinya. Langkah Shah terhenti di suatu sudut, kelihatan lelaki itu menemui Farouk yang baru keluar dari disko terhuyung-hayang. Ikutkan hatinya mahu saja dia pancung kepala Farouk, tetapi dia perlu bertindak bijak. Anak mata Shah memerhatikan gerak-geri Farouk. Saat Farouk masuk ke dalam kereta, Shah segera berlari mendapatkan keretanya dan kembali ke lokasi itu. Ketika itu dia nampak kereta Farouk baru sahaja keluar dari parking. Dia mengekori Farouk.

Setibanya di satu kawasan perumahan, Farouk menghentikan keretanya. Shah memerhati dari jauh. Kelihatan Farouk melangkah masuk ke sebuah rumah. Perlahan-lahan Shah menyusuri langkah Farouk, dia memerhatikan dari jauh. Shah hanya menanti masa sesuai.

Saat Farouk sedang membuka pintu rumah, Shah terus meluru menyerang Farouk bertubi-tubi. Rakan-rakan Farouk di dalam rumah cuba membantu, namun Shah terlalu licik. Farouk mengambil kesempatan melarikan diri di celah-celah kekalutan. Shah mengejar Farouk, dia tak mahu melepaskan Farouk kali ni.

Farouk yang ketakutan terus berlari, namun di belakangnya, Shah mengejarnya bagai seorang yang hilang akal. Farouk tersungkur rebah ke bumi, dan kesempatan itu diambil Shah. Shah menyerang Farouk bertubi-tubi. Keadaan itu menyebabkan orang ramai yang berada di situ bertempiaran lari ketakutan.

Tiba-tiba kedengaran orang menepuk tangan. Shah menoleh.

“Selamat malam, gangster!” sapa lelaki terbabit.

“Fairuz?” Shah terkejut melihat kelibat Fairuz.

“Gua tau lu kenapa lu marah sangat. Semua sebab dia ni kan?” ujar Fairuz sambil menunjuk ke arah Ain yang berada di dalam sebuah van.

“Bro, apa semua ni? Kau pun berpihak pada bangsat ni?” marah Shah sambil menyepak perut Farouk yang sudah tidak bermaya.

“Siapa kata gua berpihak pada dia? Barangkali lu dah lupa dengan Uncle Wong?” ujar Fairuz sambil ketawa jahat.

“Binatang! Jadi selama ni kau yang jadi punca semua ni?” soal Shah tak puas hati.

“Memang! Gua yang arahkan orang-orang gua serang lu kat court basketball malam tu, kemudian gua yang selamatkan lu. Gua buat semua ni cuma nak butakan mata hati lu! Jadi lu akan fikir si bangsat ni yang punya angkara. Tapi lu tak pernah terfikir hutang lu dengan Uncle Wong kan?” cerita Fairuz panjang lebar.

“Hutang apa lagi? Antara aku dengan Wong tak ada masalah!” ujar Shah bengang.

“Lu fikir lu senang-senang nak lepas? Lu fikir lu boleh blah macam tu je? Gua akan pastikan lu terima nasib yang sama dengan Suren, orang kanan lu!” ugut Fairuz.

“Suren? Suren kau bunuh? Binatang kau!” Shah terus meluru menyerang Fairuz dan konco-konconya. Dia sempat mencapai pedang di dalam beg lalu digunakan untuk menyerang.

Sekuat mana sekalipun Shah, dia tak mampu menentang Fairuz dan konco-konconya yang terlalu ramai. Shah rebah, tidak bermaya. Lantas tubuhnya diangkat melutut oleh mereka.

“Uncle Wong pernah cerita betapa bahayanya bermain dengan lu. Tapi hari ni orang bahaya sangat ni ada depan gua, dalam tangan gua, lembik, tak bermaya? Rupanya takde la hebat mana lu ni!” sindir Fairuz.

“Bangsat! Kau macam anjing, menyalak sebab kau ramai! Kalau kau jantan, satu lawan satu la!” teriak Shah geram.

“Dalam dunia ni, mana ada benda yang adil? Siapa bijak, dia raja! Siapa kaya, dia berkuasa! Dalam keadaan lu macam ni pun lu nak kerek lagi?” sindir Fairuz lagi.

Fairuz segera mengheret Ain dan melemparnya di hadapan Shah. Ain menangis teresak-esak dan mendakap Shah.

“Gua suka tengok drama! Drama malam ni sayangnya, penyudahnya sedih sebab gua nak lu tengok cinta hati lu mampus depan lu sebelum nyawa lu gua tarik!” jelas Fairuz.

“Kau bukan malaikat maut, bukan hak kau nak tarik nyawa orang la bangsat!” bentak Shah lantas dia melepaskan diri dari pegangan dan terus menikam dada Fairuz menggunakan sebilah pisau yang disorokkan di belakang seluarnya.

Fairuz terkedu, darah mulai membasahi segenap tubuhnya. Seketika kemudian orang-orang Fairuz mulai bertempiaran lari saat terdengar bunyi siren kereta polis. Ain mendapatkan Shah, didakapnya Shah erat-erat.

“Awak, awak OK ke? Awak tak apa-apa kan?” soal Ain sambil melihat keadaan Shah yang dipenuhi luka-luka.

Shah membelai wajah Ain, dilemparkan senyuman. Saat itu polis sudah mengepungnya, beberapa orang-orang Fairuz juga telah diberkas. Shah tahu, dia tak akan terlepas kali ini. Dikucupnya dahi Ain sebelum dia cuba menyerah diri kepada polis.

Tiba-tiba Shah terpana, kemudian terdengar 3 das tembakan dilepaskan oleh anggota polis. Ain terkejut melihat sebilah pisau menembusi dada Shah, tepat di jantungnya. Di belakang Shah, Farouk rebah selepas terkena tembakan yang dilepaskan polis. Shah rebah di pangkuan Ain.


“Awak! Kita pergi hospital ye, awak tak apa-apa kan?” soal Ain. Shah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Kelihatan polis mulai meminta bantuan kecemasan.

Shah menarik Ain, dibisikkan sesuatu ke telinga Ain.

“Saya cintakan awak sampai mati, sampai bila-bila.” Ucap Shah sebelum matanya terpejam. Ain terpaku mendengar bisikkan Shah. Saat dia menoleh, Shah sudah terpejam. Ain menangis semahu-mahunya di sisi Shah.


Ida dan Suraya mengesat airmata mereka, begitu juga Nisa. Seketika kemudian mereka terkejut melihat kelibat Ain di balik pintu rumah.

“Aku dah dengar dari tadi dan aku harap korang takkan rasa apa yang aku rasa,” ujar Ain. Lalu didakapnya Nisa sambil menangis.

“Aku sayangkan dia Nisa, aku terlalu sayangkan dia. Walaupun aku tak sempat rasa bercinta dengan dia, tapi hati aku tetap sayang dan rindu dia. Shah segala-galanya Nisa,” luah Ain sambil menangis di dakapan Nisa.

“Ain. Aku dan Badrul pun sayangkan dia, kau pun tahu dia kawan baik Bad. Aku faham perasaan kau, tapi biarlah dia pergi Ain. Jangan meratap kematian dia, nanti roh dia tak tenang.” Pujuk Nisa.

“Ain, walaupun kitorang tak pernah kenal Shah tapi kitorang dapat rasakan betapa dia sayang pada kau. Kalau kau sayangkan dia, berdoalah untuk dia.” Pujuk Ida dan Suraya pula. Lantas mereka berempat berdakapan dalam kesedihan.


Hujan renyai-renyai pagi itu bagaikan mengerti kesedihan hati seorang gadis bernama Ain. Dalam kesedihan hatinya, dia cuba kuatkan perasaan di hatinya.

Segenggam bunga ditaburkan di atas pusara Shah, disirami air mawar di pusara Shah sambil airmatanya tidak berhenti berlinangan.

“Nisa, Ida, Su...Cinta aku takkan pernah padam untuk Shah walaupun kami tak pernah declare untuk disatukan. Cinta aku akan tetap bersemadi bersama Shah,” ucap Ain sambil merenung pusara Shah.

“Aku tak ada simpan apa-apa kenangan lain kecuali ini,” ujar Ain sambil menunjukkan sekeping potret Shah yang diambilnya dari rumah Shah ketika dia, Nisa dan Badrul mengemas rumah Shah selepas kematiannya.



“Andai jasad aku sudah bersemadi jauh di dalam, simpanlah sedikit kenangan yang akan menghidupkan aku kembali. Aku akan sentiasa hidup jika aku sentiasa berada di dalam hatimu.” – Shah

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...