♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Saturday, 15 October 2011

Sickness Saturday #1

 
Cuba perhatikan gambar ini betul-betul.. :)

Hidup Bersama (Edisi Perosak) [HQ]


Ni la kerjanya bila dah tak tau nak buat apa tengah-tengah malam buta..Edisi Perosak membawakan kepada anda Hidup Bersama..

ATTENTION!


MOHON PERHATIAN SEMUA!
Jika anda terlihat atau ternampak anak gadis ini, sila segera hubungi balai polis berhampiran anda kerana anak gadis ini dilaporkan hilang diculik dari tempat kerjanya di Ipoh pada 2hb Oktober 2011 yang lepas..Anak gadis ini bernama NUR AMALINA, berumur 18 tahun..Marilah kita bersama berusaha dan membantu mendapatkan kembali NUR AMALINA, serta bersama berdoa agar masih dalam keadaan selamat..

Friday, 14 October 2011

What next..?

Salam semua.


Nampaknya cerita bersiri Tinggal Potret Itu (TPI) bakal melabuhkan tirainya. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan siri yang mana aku akan menulis sebelum post, jadi aku yakin terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dalam cerita ini.

Tapi syukur ke hadrat Illahi dan terima kasih aku ucapkan buat rakan-rakan yang banyak memberi respon dan komen yang membina kepada aku menerusi cerita TPI dan selepas TPI melabuhkan tirai, Insyallah akan aku hidangkan korang dengan sebuah lagi bingkisan yang dah lama aku simpan dalam file leptop aku.


Aku harap korang akan terus setia memberi pandangan dan respon serta komen yang akan membantu aku. Terima kasih buat blogger Tautan Kasih yang memberi aku inspirasi untuk mencoretkan idea aku saat aku terbaca cerita Dendam Terlerai di sana. Terima kasih juga buat semua, jangan lupa untuk LIKE page "Blog M.7. Diário" di Facebook.

Tinggal Potret Itu : Part 13

Ida dan Suraya sangat terkejut dengan cerita yang disampaikan Nisa.

“Kejam betul ex boyfriend Ain tu, mana la Ain boleh kenal dia dulu?” soal Suraya.

“Ain pernah cerita kat aku, dia kenal Farouk tu masa praktikal. Masa dia kenal tu, Farouk tu baik sangat katanya.” Jawab Nisa.

“Lelaki...Masa belum dapat baik la, dah dapat mula perangai macam sampah!” sampuk Ida geram.

Nisa ke dapur dan seketika kemudian dia kembali membawa sedulang minuman panas.

“Lepas tu apa yang berlaku Nisa? Cerita la,” pinta Suraya. Nisa meneguk minuman dan kemudian meneruskan ceritanya.


Shah duduk termenung di beranda rumahnya. Dia resah mengenangkan nasib Ain, serba-salah diri dibuatnya. Dia kesal Ain menjadi mangsa Farouk kerana membantu dia memerangkap Farouk. Makin difikirkan, makin panas hatinya. Seketika kemudian kedengaran azan Asar berkumandang, dia tersentap dari lamunan dan beristighfar. Dia masuk ke dalam, mengambil wuduk dan menunaikan solat.

Selesai bersolat, Shah tidak berganjak dari tikar sejadah. Dia kesal, niat hatinya mahu membuang sikap barannya serta tabiat suka bergaduhnya dulu masih gagal ditunaikannya.

Shah kemudiannya bingkas bangun dan bersiap untuk keluar. Hala tujunya pasti ke warung pisang goreng. Dia berjalan menuju ke warung pisang goreng yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Dalam perjalanannya dia terdengar suara memanggilnya. Dia menoleh dan terlihat Ain berada di warung berhampiran. Shah menuju ke arah mereka.

“Ain, kenapa kau keluar sorang? Kalau Farouk cari kau macam mana?” tegur Shah tegas.

“Shah, saya nak jumpa awak.” Jawab Ain.

“Kalau apa-apa jadi kan susah nanti. Kenapa tak call aku je?” soal Shah yang ternyata risau.

“Ada pernah awak bagi nombor telefon awak?” soal Ain kembali. Shah terkedu, memang dia tak pernah beri nombor telefonnya pada Ain. Waimah pada Nisa pun tidak.

“Ok, aku minta maaf. Jadi apa hajat kau?” soal Shah.

“Saya nak pulangkan sesuatu, saya rasa ni milik awak. Saya terjumpa di court basketball malam masa awak tunggu saya dan Farouk,” jelas Ain sambil menghulurkan seutas rantai emas kepada Shah.

Shah terkejut lantas mengambil rantai emas itu dari tangan Ain dan membelek-beleknya.

“Rantai ni nampak macam bermakna sangat pada awak?” soal Ain ingin tahu.

“Ya, sangat bermakna. Rantai ni milik arwah tunang aku,” jawab Shah. Ain seakan terpana mendengar jawapan dari Shah.

“Dia meninggal sebab sakit,” tambah Shah lagi.

“Shah, banyakkan berdoa untuk dia kalau awak sayangkan dia. Jangan meratap sedih atas kematian dia, Allah lebih sayangkan dia,” pujuk Ain.

“Aku tak meratap, cuma kadang-kadang aku rasa rindu.” Ujar Shah.

“Awak tak cari pengganti?” soal Ain pula.

“Kalaupun aku jumpa orang yang wajahnya serupa, tapi orangnya takkan sama.” Jawab Shah.

“Awak rasa saya boleh ganti tempat dia?” pancing Ain. Shah memandang Ain.

“Kenapa kau nak sangat ganti tempat dia?” soal Shah pula. Kali ni nadanya agak kasar.

“Sebab saya suka awak,” jawab Ain selamba. Jawapan Ain itu membuatkan Shah ketawa berdekah-dekah.

“Kenapa awak gelak? Saya jujur dengan apa yang saya cakap,” jelas Ain geram melihat Shah ketawa.

“Hati aku bukan untuk dimiliki,” jawab Shah tegas. Ain akur dengan kenyataan Shah, dia sedar dia bukanlah orang yang boleh menggantikan tempat arwah tunang Shah.

“Tapi, tak bermaksud hati aku tak boleh berubah. Cuma bukan sekarang masanya,” sambung Shah lagi dengan jawapan yang memberikan sedikit harapan buat Ain. Ain tersenyum gembira.

p/s : Apa yang akan jadi ek..? Coming soon Part 14.....

Tinggal Potret Itu : Part 12

Cuaca petang agak mendung hari ini, bagaikan hujan bakal dijemput berkunjung ke bumi. Ain dan Rohayu keluar berjalan-jalan di taman tasek mengambil angin petang. Langkah mereka terhenti saat melihat kelibat beberapa lelaki di depannya.

“Farouk?! Apa lagi yang kau nak?!” bentak Ain yang terkejut melihat kelibat Farouk di hadapannya.

Farouk menarik rambut Ain kasar, Rohayu cuba menyelamatkan diri tapi dihalang oleh rakan Farouk.

“Hei, betina! Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je? Ini Farouk la!” ugut Farouk.

“Farouk, ni ke betina yang kau cakap tu? Aku pun berselera jugak tengok dia, boleh la aku try.” Sampuk rakan Farouk.

“Boleh, tapi dengan aku!” Satu tumbukan hinggap di muka Farouk menyebabkan dia rebah.

“Shah?” Ain segera berlari ke arah Shah, begitu juga Rohayu.

“Oh, ini la bedebah yang aku nanti-nantikan! Kau muncul jugak akhirnya!” ujar Farouk geram.

“Jadi selama ni kau susun orang nak lunaskan dendam kau ye Farouk? Tak cukup lagi apa yang aku dah bagi dulu?” soal Shah yang masih cuba mengawal kemarahannya.

“Tapi aku berterima kasih pada kau. Sebab kau jugak, aku dapat merasa Ain!” sindir Farouk sambil ketawa sakan.

Mendengar penyataan itu menyebabkan Ain meluru sambil memukul-mukul Farouk. Farouk menolak Ain jatuh dan dikeluarkan pisau dari poketnya. Mujur ketika itu datang seorang lelaki menendang Farouk jatuh. Rakan-rakan yang lain cuba membantu, namun lelaki itu jauh lebih tangkas dari mereka. Akhirnya mereka semua melarikan diri.

“Awak ni Fairuz kan? Yang hantar saya ke hospital dulu?” tanya Shah kepada lelaki terbabit.

“Ye, gua la tu. Eh, lu orang tak apa-apa ke? Apa kena dengan budak-budak tadi? Samseng semacam je gua tengok? Diorang ke yang hentak lu dulu bro?” soal Fairuz ingin tahu.

“Saya tak tau la bro, kebetulan saya lalu sini diorang tengah kacau budak-budak perempuan ni. Jadi saya terus selak je muka dia,” jelas Shah sambil menekap luka di siku Ain dengan tuala. Rohayu tergamam seakan ketakutan.

“Gua pun dari tadi dah usha budak-budak tu, tapi lu dah masuk dulu gua biarkan. Ni apa hal budak-budak tu dengan lu?” tanya Fairuz kepada Ain dan Rohayu pula.

Ain tidak menjawab, hanya tunduk menangis.

“Bro, saya ingat baik saya hantar diorang balik dulu. Nanti saya contact bro, kita jumpa. Takde hal kan bro?” pinta Shah.

“Lu ada number gua kan? Lu nak jumpa gua, lu hallo je gua. Hantar diorang balik, hati-hati!” ujar Fairuz.

Shah segera mengiring Ain dan Rohayu ke dalam keretanya. Dia menghantar mereka pulang ke hostel.

“Shah, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak...” bicara Ain di dalam kereta.

“Cakap la,” jawab Shah ringkas.

“Kita hantar Ayu dulu boleh?” pinta Ain. Shah hanya senyum dan menganggukkan kepala.

Shah memberhentikan keretanya di hadapan pagar hostel dan Ayu turun segera masuk ke dalam meninggalkan Ain dan Shah di dalam kereta.

“Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Farouk buat kau macam ni?” soal Shah kasar.

“Dia berdendam dengan awak Shah. Dia tau saya yang perangkap dia malam masa awak pukul dia. Lepas kejadian tu, dia ada jumpa saya.” Cerita Ain namun semakin tangisannya teresak-esak saat bercerita.

“Dia buat apa? Dia pukul kau?” soal Shah mendesak.

“Dia rogol saya Shah!” jawab Ain diiringi tangisannya. Shah tergamam.

“Saya tak sangka dia sanggup buat saya macam ni. Padahal dia dah janji dia tak akan buat benda tak elok, tapi tergamak dia Shah!” cerita Ain lagi.

“Kau repot polis?” soal Shah.

“Tak, saya malu. Saya takut mak ayah saya tahu!” jawab Ain.

“Kau bodoh! Kau dianiaya, bukan kau buat suka sama suka! Kalau kau repot dulu, takde la dia cari kau lagi,” jelas Shah.

Ain tidak mencelah. Dia hanya menangis teresak-esak.

“Kalau aku takde kat situ, atau abang tadi tu takde, apa jadi kat kau dengan kawan kau? Ada kau fikir?” marah Shah lagi.

“Saya tak terfikir dia akan cari saya,” jawab Ain.

“Sebab dia tahu kau tak fikir la dia cari kau balik! Macam ni la, kau balik dulu. Nanti aku cuba fikirkan jalan,” ujar Shah.

Ain keluar dari kereta dan masuk ke dalam hostel. Shah terus memecut keretanya.


“Ain, betul ke apa yang Ayu cakap? Kau tak apa-apa ke?” soal Nisa cemas sebaik sahaja Ain melangkah masuk ke dalam hostel.

“Betul Nisa. Nasib baik Shah ada,” jawab Ain.

“Shah? Jadi lelaki yang Ayu kata selamatkan korang tu Shah? Tapi dia kata 2 orang?” soal Nisa hairan.

“Ada sorang abang tu datang tolong,” jawab Ain.

“Aku tak sangka betul Farouk sanggup buat korang macam ni!” marah Nisa.

Ain hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya berfikir apa yang dirancang oleh Shah. Dia bertanya dalam hati adakah Shah akan membuat sesuatu?

p/s : Sorry part 12 ni lambat sebab semalam tak berapa sihat..Tapi part 13 akan menyusul.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...