♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Friday 14 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 12

Cuaca petang agak mendung hari ini, bagaikan hujan bakal dijemput berkunjung ke bumi. Ain dan Rohayu keluar berjalan-jalan di taman tasek mengambil angin petang. Langkah mereka terhenti saat melihat kelibat beberapa lelaki di depannya.

“Farouk?! Apa lagi yang kau nak?!” bentak Ain yang terkejut melihat kelibat Farouk di hadapannya.

Farouk menarik rambut Ain kasar, Rohayu cuba menyelamatkan diri tapi dihalang oleh rakan Farouk.

“Hei, betina! Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je? Ini Farouk la!” ugut Farouk.

“Farouk, ni ke betina yang kau cakap tu? Aku pun berselera jugak tengok dia, boleh la aku try.” Sampuk rakan Farouk.

“Boleh, tapi dengan aku!” Satu tumbukan hinggap di muka Farouk menyebabkan dia rebah.

“Shah?” Ain segera berlari ke arah Shah, begitu juga Rohayu.

“Oh, ini la bedebah yang aku nanti-nantikan! Kau muncul jugak akhirnya!” ujar Farouk geram.

“Jadi selama ni kau susun orang nak lunaskan dendam kau ye Farouk? Tak cukup lagi apa yang aku dah bagi dulu?” soal Shah yang masih cuba mengawal kemarahannya.

“Tapi aku berterima kasih pada kau. Sebab kau jugak, aku dapat merasa Ain!” sindir Farouk sambil ketawa sakan.

Mendengar penyataan itu menyebabkan Ain meluru sambil memukul-mukul Farouk. Farouk menolak Ain jatuh dan dikeluarkan pisau dari poketnya. Mujur ketika itu datang seorang lelaki menendang Farouk jatuh. Rakan-rakan yang lain cuba membantu, namun lelaki itu jauh lebih tangkas dari mereka. Akhirnya mereka semua melarikan diri.

“Awak ni Fairuz kan? Yang hantar saya ke hospital dulu?” tanya Shah kepada lelaki terbabit.

“Ye, gua la tu. Eh, lu orang tak apa-apa ke? Apa kena dengan budak-budak tadi? Samseng semacam je gua tengok? Diorang ke yang hentak lu dulu bro?” soal Fairuz ingin tahu.

“Saya tak tau la bro, kebetulan saya lalu sini diorang tengah kacau budak-budak perempuan ni. Jadi saya terus selak je muka dia,” jelas Shah sambil menekap luka di siku Ain dengan tuala. Rohayu tergamam seakan ketakutan.

“Gua pun dari tadi dah usha budak-budak tu, tapi lu dah masuk dulu gua biarkan. Ni apa hal budak-budak tu dengan lu?” tanya Fairuz kepada Ain dan Rohayu pula.

Ain tidak menjawab, hanya tunduk menangis.

“Bro, saya ingat baik saya hantar diorang balik dulu. Nanti saya contact bro, kita jumpa. Takde hal kan bro?” pinta Shah.

“Lu ada number gua kan? Lu nak jumpa gua, lu hallo je gua. Hantar diorang balik, hati-hati!” ujar Fairuz.

Shah segera mengiring Ain dan Rohayu ke dalam keretanya. Dia menghantar mereka pulang ke hostel.

“Shah, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak...” bicara Ain di dalam kereta.

“Cakap la,” jawab Shah ringkas.

“Kita hantar Ayu dulu boleh?” pinta Ain. Shah hanya senyum dan menganggukkan kepala.

Shah memberhentikan keretanya di hadapan pagar hostel dan Ayu turun segera masuk ke dalam meninggalkan Ain dan Shah di dalam kereta.

“Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Farouk buat kau macam ni?” soal Shah kasar.

“Dia berdendam dengan awak Shah. Dia tau saya yang perangkap dia malam masa awak pukul dia. Lepas kejadian tu, dia ada jumpa saya.” Cerita Ain namun semakin tangisannya teresak-esak saat bercerita.

“Dia buat apa? Dia pukul kau?” soal Shah mendesak.

“Dia rogol saya Shah!” jawab Ain diiringi tangisannya. Shah tergamam.

“Saya tak sangka dia sanggup buat saya macam ni. Padahal dia dah janji dia tak akan buat benda tak elok, tapi tergamak dia Shah!” cerita Ain lagi.

“Kau repot polis?” soal Shah.

“Tak, saya malu. Saya takut mak ayah saya tahu!” jawab Ain.

“Kau bodoh! Kau dianiaya, bukan kau buat suka sama suka! Kalau kau repot dulu, takde la dia cari kau lagi,” jelas Shah.

Ain tidak mencelah. Dia hanya menangis teresak-esak.

“Kalau aku takde kat situ, atau abang tadi tu takde, apa jadi kat kau dengan kawan kau? Ada kau fikir?” marah Shah lagi.

“Saya tak terfikir dia akan cari saya,” jawab Ain.

“Sebab dia tahu kau tak fikir la dia cari kau balik! Macam ni la, kau balik dulu. Nanti aku cuba fikirkan jalan,” ujar Shah.

Ain keluar dari kereta dan masuk ke dalam hostel. Shah terus memecut keretanya.


“Ain, betul ke apa yang Ayu cakap? Kau tak apa-apa ke?” soal Nisa cemas sebaik sahaja Ain melangkah masuk ke dalam hostel.

“Betul Nisa. Nasib baik Shah ada,” jawab Ain.

“Shah? Jadi lelaki yang Ayu kata selamatkan korang tu Shah? Tapi dia kata 2 orang?” soal Nisa hairan.

“Ada sorang abang tu datang tolong,” jawab Ain.

“Aku tak sangka betul Farouk sanggup buat korang macam ni!” marah Nisa.

Ain hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya berfikir apa yang dirancang oleh Shah. Dia bertanya dalam hati adakah Shah akan membuat sesuatu?

p/s : Sorry part 12 ni lambat sebab semalam tak berapa sihat..Tapi part 13 akan menyusul.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...