♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Saturday 8 October 2011

Cerita Semalam

Semalam.

Kalau dihitung waktu semalam rasanya begitu singkat masa berlalu. Tapi dalam kesamaran semalam juga telah meninggalkan sesuatu yang terkesan di dalam hati aku. Dan semalam juga sudah menjadi sejarah dalam hidup aku selamanya.


Cerita semalam masih lagi bermain dalam benak fikiran aku, walaupun semalam tu telah jauh meninggalkan aku dan akan pergi lebih jauh lagi. Makin jauh, makin jauh. Aku tak pernah pinta lebih selain daripada kebahagiaan dan keberkatan hari ini serta hari-hari mendatang. Kerana hari semalam itulah yang mengajar aku dengan berbagai pengalaman.

Cerita semalam mendewasakan aku hari ini. Cerita semalam juga yang telah mematangkan diri aku hari ini. Malahan, cerita semalam juga yang mengajar aku erti kehidupan hari ini. Walaupun semalam itu cuma kenangan, tetapi kalau tiada semalam maka tiadalah hari ini.

3 comments:

~Sal Ismail~ said...

Kisah smlm ada suka ada duka..
jika kisah suka terimbau kembali..pasti kita tersenyum sendiri..tp andai yg duka..hati rasa perit sekali~

Bro M.7. said...

Jangan tersenyum sendiri, nanti kita disangka gila..Hahaa..

~Sal Ismail~ said...

oh..aku x kisah disangka gila kalo aku senyum sendiri~ ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...