♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Wednesday 12 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 11

2 Bulan kemudian...

Badrul berkunjung ke rumah Nisa bila mendapat khabar Nisa demam. Dia sempat singgah membelikan sedikit makanan buat Nisa dan kawan-kawannya.

“Macam mana demam? Ubat dah makan? Macam mana nak jadi nurse ni, hujan sikit je dah demam?” usik Badrul.

“Awak ni jahat betul la, dah nak demam nak buat macam mana. Pakar jantung pun ada yang meninggal sakit jantung, inikan lagi nurse.” Balas Nisa.

“Ni saya ada bawa makanan untuk awak dengan housemate awak, makan la ye.” Ujar Badrul sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada Nisa.

Seketika kemudian kelihatan kelibat Ain di balik pintu, lantas Nisa memanggil Ain.

“Ain, kenapa monyok je ni? Demam jugak ke?” tanya Badrul. Ain tersenyum dan hanya menggelengkan kepala. Kemudian barulah dia bersuara.

“Bad, mana Shah?” tanya Ain membuatkan Badrul terkejut.

“Hai, kenapa tiba-tiba tanya Shah ni? Ada apa-apa ke?” usik Badrul. Ain hanya mendiamkan diri.

“Ye la awak, rasanya dah 2 bulan saya tak nampak Shah. Biasanya dia selalu singgah warung pisang goreng kat belakang bus stop tu,” sampuk Nisa pula.

“Shah ye? Tu la pasal. Rasanya saya ada try call dia sebelum ni tapi phone dia off. “ kata Badrul. Nisa dan Ain saling berpandangan.

Mereka bertiga diam seketika bagai mati kata. Masing-masing terfikir ke mana hilangnya Shah.

“Awak ada pergi rumah dia tak?” soal Nisa.

“Ada, minggu lepas. Tapi dia takde, rumah berkunci.” Jawab Badrul.

“Takpe la, esok saya cuba cari dia. Apa-apa hal saya info awak,” sambung Badrul lagi sebelum meminta diri untuk pulang.

Nisa segera menutup pintu rumah dan meletakkan bungkusan makanan di meja ruang tamu. Dia kemudiannya masuk ke bilik Ain.

“Ain, kenapa tiba-tiba kau tanya pasal Shah?” soal Nisa ingin tahu.

“Aku tak tau la Nisa. Tiba-tiba je aku rasa rindu..kat dia.” Jawab Ain jujur. Nisa tersenyum.

“Bukan ke dia lelaki yang paling kau benci?” Nisa cuba memancing.

“Tapi lelaki yang aku benci tu la yang tak pernah cuba ambil kesempatan atas aku Nisa. Lelaki yang aku benci tu la yang dah menampakkan aku siapa Farouk sebenar!” jawab Ain sebak. Nisa menggosok bahu Ain, ternyata faham perasaan Ain yang masih trauma dengan apa yang berlaku.

“Sabarlah Ain, jangan ikutkan sangat perasaan kau tu. Kat luar tu Bad ada belikan ayam KFC, kau kan suka makan KFC. Jom kita makan,” pujuk Nisa. Nisa segera menarik tangan Ain menuju ke ruang tamu.


Yala, Thailand...

Pakpao dan Preecha menuju ke sebuah rumah di perkampungan Islam. Sambil mata mereka memerhati sekeliling, mereka menuju ke sebuah rumah. Pintu rumah diketuk, dan muncul kelibat seorang lelaki di balik pintu.

“Ada orang bernama Shah di sini?” soal Pakpao kepada lelaki terbabit.

“Siapa kamu? Apa kau nak?” soal lelaki terbabit kembali.

“Aku Pakpao, ini adikku Preecha. Kami yang bawa Shah lari ke sini,” jawab Pakpao memperkenalkan dirinya.

“Silakan masuk,” pelawa lelaki terbabit. Pakpao dan Preecha segera masuk ke dalam rumah itu dan dijemput duduk di ruang tamu.

Beberapa minit kemudian Shah muncul dari belakang rumah. Pakpao dan Preecha segera memeluk erat Shah.

“Shah, aku rasa kau dah boleh balik sekarang. Orang aku kata line kau sejuk kat sana,” jelas Pakpao.

“Boleh pakai ke maklumat tu? Macam mana kalau orang tu perangkap aku?” soal Shah curiga.

“Kau takkan tak percaya aku? Kita dah kawan lama Shah. Dulu kau banyak tolong aku, sekarang ni aku tolong kau pulak,” jawab Pakpao meyakinkan Shah.

Shah berfikir sejenak.

“Baiklah, kalau macam tu pagi esok kita bertolak. Kau escort aku sampai sempadan, boleh?” soal Shah.

“Kalau dulu kau berkorban nyawa untuk aku, sekarang nyawa aku untuk kau.” Jawab Pakpao. Shah tersenyum, akhirnya dia boleh kembali ke Malaysia setelah 2 bulan bersembunyi di Thailand.


2 hari kemudian, di Kuala Lumpur...

Suasana di hentian bas hari ini sangat sibuk. Jalan-jalan di sekitar ibokota sesak seperti biasa. Shah menjejakkan kaki di ibukota selepas 2 bulan menghilang. Setibanya, dia disambut oleh orang-orang Pakpao.

“Shah, aku Hassan. Ini orang kanan aku, Dollah Tiger. Pakpao yang hantar kami sambut kau,” sapa Hassan sambil bersalaman dengan Shah.

“Tak perlu susah-susah, aku dah biasa dekat sini.” Jawab Shah.

“Aku menjalankan amanah Pakpao, sikit pun tak rasa susah. Tak perlu kau khuatir. Mari ikut kami, kereta ada kat sana.” ujar Hassan. Shah menuruti Hassan dan Dollah Tiger.

Di dalam kereta Hassan menceritakan kepada Shah bagaimana dia kenal dengan Pakpao dan dia juga bercerita betapa dia bangga dapat bertemu dengan Shah. Dia tak sangka hari ini dia dapat mengiringi orang yang paling disegani Pakpao. Tapi Shah merendah diri, dia tak mahu dirinya terlalu disanjung.

“Shah, ini ada sesuatu yang Pakpao suruh aku beri kepada kau.” Kata Hassan sambil menghulurkan sebuah bungkusan kepada Shah. Shah mengambil bungkusan itu dan membukanya.

“Aku tak perlukan ini semua Hassan, aku dah cuci tangan. Aku nak hidup macam biasa,” jelas Shah tatkala dia melihat isi bungkusan itu, sepucuk pistol.

“Aku tau tu, ni cuma untuk keselamatan kau je.” Jawab Hassan.

“Kau tak perlu risau, aku tau jaga diri aku sendiri. Tolong beritahu Pakpao, aku tak perlukan semua ni,” pinta Shah sambil menyerahkan kembali bungkusan berisi pistol itu kepada Hassan.

“Baiklah. Tapi kalau kau perlukan bantuan, jangan segan-segan contact aku.” Pelawa Hassan. Shah tersenyum.

Hassan menghantar Shah ke rumahnya. Sebelum mereka beredar, Hassan sempat memberi Shah sebuah lagi bungkusan. Shah mengambilnya dan membawanya masuk ke rumah. Di dalam rumah Shah membuka bungkusan terbabit dan tersenyum melihat wang tunai sebanyak RM10,000 di dalam bungkusan terbabit.

p/s : Part 12 akan menyusul nanti.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...