♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Tuesday 1 November 2011

Misteri Gadis Bertudung Putih


Gadis itu sangat ayu. Melihat senyumannya sahaja sudah cukup membuatkan hati keras bagai batu ni cair. Kejelitaannya mampu memikat ribuan lelaki malahan wanita-wanita pun ada jugak yang terpesona dengan kecantikkan yang dimilikinya. Dia memiliki pakej gadis Melayu yang sangat sempurna, mampu menawan hati semua orang yang melihatnya.

Dek kerana dia, ramai sungguh jejaka-jejaka datang ke kampungnya untuk memikatnya. Tapi semuanya pulang hampa. Mahu dipinang terus, tak tahu nak berjumpa siapa kerana ibubapanya telah lama meninggal dunia. Tinggallah si gadis sebatang kara.

Nekadlah hati seorang jejaka dari kota, yang pertama kali melihat si gadis ketika dia ditugaskan membangunkan infrastruktur di kampung itu. Dia cuba memikat si gadis dengan berbagai cara. Memberi hadiah dari sekecil coklat sampailah sebesar kereta, namun ditolak mentah-mentah oleh si gadis. Ada tersirat rasa kecewa di hati si jejaka, namun dipendamnya sahaja.

Hampir setahun si jejaka tidak mengenal putus asa, dia terus cuba menawan hati si gadis walaupun adakalanya terpaksa bergelut dengan pesaing-pesaingnya ala-ala filem hindustan. Baginya gadis ini terlalu istimewa, setahun dia mengenali gadis itu masakan mendengar sepatah percakapannya pun masih tak dapat. Benar, suara wanita itu juga aurat.

Si gadis tersentuh hati melihat ketabahan si jejaka yang tak mengenal jemu memikatnya. Dia cuba mendekati si jejaka.

"Abang betul ke nak kahwin dengan saya?" soal gadis itu.

Mendengar soalan yang terpancul keluar dari mulut si gadis membuatkan si jejaka terkejut. Dia terpaku, tak mampu nak berkata apa-apa. Si gadis pula hanya menghadiahkan senyuman membuatkan si jejaka pengsan. Kerana panik, si gadis menelefon pihak hospital.

Ketika si jejaka sedarkan diri di hospital, dia melihat kiri dan kanan namun tiada kelibat si gadis di situ. Akhirnya datang seorang doktor bertanyakan khabar dan sebab mengapa dia pengsan. Jejaka itu menceritakan betapa dia terpesona dengan kecantikan si gadis, sampaikan setahun lamanya dia cuba memikat. Tapi hari ini dia teruja saat mendengar suara si gadis itu untuk kali pertama membuatkan dia pengsan.

"Rupanya dia mak nyah la doktor! Itu sebab saya pengsan!" jelas jejaka itu mengakhiri ceritanya.

6 comments:

acik teyha said...

ceh..exited bace..nyah rupenye

miera said...

haha

Zayani Zulkiffli said...

kahkahkah.~
lawak siot. ingt kan cerita hantu td.
btw, salam kenal :)

LaraSuffi said...

lain kali kene bace dari bawah ke atas.. heeee :P cehhhhh

♥ Nana BamBam ♥ said...

hahaha..hambik ko..sekali nyahh larr..hahaha !

Ungu Violet said...

kehkehkeh...lama tuu..setahun ngorat...sekali hambik ko...smpai pinsan...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...