♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Wednesday 2 November 2011

Misteri Perogol Bersiri


Setiap hari pun media masa tidak akan lengang dengan berita mengenai kejadian rogol yang kian menjadi barah di dalam masyarakat kita hari ini. Jenayah ini adalah yang paling mengancam keselamatan kaum hawa mahupun hawa jadian (paham-paham je la).

Azman, seorang anggota polis berpangkat koperal yang baru sahaja ditugaskan di Kuala Lumpur. Sebelum ini Azman berkhidmat di Miri, Sarawak. Atas kecemerlangannya, dia dipindahkan ke kota yang penuh cabaran ini. Bagaimanapun, kes membabitkan perogol bersiri yang kian popular ni meresahkan Azman. Lebih-lebih lagi perogol bersiri dikatakan semakin berani.

Demi negara, Azman bersumpah akan menumpaskan si perogol bersiri yang penuh misteri ini. Ya betul, memang cukup misteri sebab tu dia masih belum tertangkap. Azman mula menjejaki perogol bersiri ini dengan meneliti laporan polis yang dibuat oleh setiap mangsa. Berkerut-kerut dahi Azman membaca laporan tersebut, adakalanya hatinya terasa sedih dan adakalanya perasaan geram membuak-buak di hatinya.

Satu malam itu Azman bersiar-siar di sekitar ibukota dengan niat mahu menjejaki perogol bersiri yang dikatakan gemar mencari mangsa di lorong sunyi sekitar Jalan Pudu. Azman hanya berpakaian preman, dengan harapan orang tidak tahu bahawa dia seorang anggota polis yang sedang menjalankan misi. Matanya meliar ke kiri dan kanan. Jam menunjukkan pukul 1 pagi, namun Azman masih belum menemui sebarang petanda.

Sekitar jam 2.30 pagi, Azman terdengar suara perempuan meminta tolong. Dia cuba mencari arah suara tersebut. Azman segera meluru ke arah datangnya suara itu dan dia terlihat kelibat seorang lelaki sedang cuba membuka pakaian seorang wanita yang meronta-ronta. Azman dengan gaya heronya menerjah ke arah lelaki terbabit lalu dipukulnya perogol kejam tersebut.

"Cut! Apa semua ni? Kami tengah rakam adegan rogol untuk filem terbaru ni! Kacau betul la mamat ni! Blah la, main jauh-jauh!" jerit pengarah filem.

Rupa-rupanya Azman menyerbu pelakon yang sedang melakonkan adegan rogol. Tu la, main serbu lagi.

p/s : Lain kali tengok kiri kanan dulu sebelum bertindak..... :)

4 comments:

Ungu Violet said...

tu laa..lenkali bagi salam dulu....hihihiii

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

hehe . main redah je ye . haha

Unknown said...

hahaha..sungguh misteri..

kan dah salah org..

Lea Isnawi said...

hahahaha

kan dah tersilap scene

bukan crime scene tp shooting scene

ngeh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...