♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Monday 17 October 2011

Balada Cinta Romeo : Part 1


Bahagian 1

Nama aku Rumi, berusia 23 tahun dan masih menuntut lagi. Kenapa nama aku Rumi? Ayah aku la yang letak nama ni sebab fanatik sangat dengan lagu Rumie dan Julie nyanyian kumpulan Febians dulu. Aku anak kedua dari 3 beradik dan aku satu-satunya anak lelaki.

Yang sulong, kakak aku. Nama dia Julie. Ye la, dah nama aku Rumi maka nama dia mesti ayah aku letak Julie. Cun habis kakak aku ni, sesuai la dengan nama dia. Umur 25, baru habis belajar dan masih menganggur. Adik aku pulak namanya Eva Natasya, nama lagu kumpulan Febians jugak. Umur baru 20 dan sekarang ni masih lagi belajar. Ayah aku namanya Hassan, businessman yang berjaya. Umur muda lagi, baru 50 tahun. Mak aku pulak Khatijah namanya. Mak dah meninggal sebab sakit masa umur Eva 5 tahun. Tinggallah ayah membesarkan kami 3 beradik, kira bapa tunggallah.

Cukup dulu pasal family aku. Kalau aku nak cerita nanti mahu sampai ke atuk moyang aku semua. Sekarang ni aku nak cerita pasal aku, bukan pasal orang-orang lain di sekeliling aku. Sebab aku bukan ambik tahu pun kisah orang lain, tak gitu?


Bahagian 2

Bunyi jam loceng menujah di telinga aku, dengan rasa geramnya aku menghempas jam loceng tersebut ke tanah. Ini merupakan jam loceng yang entah ke berapa ratus menjadi mangsa kerakusan aku. Maka aku meneruskan layaran ku sampailah adikku, Eva menjerit di luar pintu.

“Abang!! Bangunlah, dah pukul 8! Kata ada kelas pukul 9?” jerit Eva.

Suara sumbang Eva telah berjaya mengejutkan aku. Memang kelam-kabut aku dibuatnya, dah pukul 8 pagi rupanya. Aku segera bersiap-siap, terpaksa la postpone mandi pagi. Faham-faham je la, jalan comfirm sesak pagi ni. Pulak pukul 9 kelas Puan Aminah, tutor yang paling aku benci. Siap pakai baju, seluar semua aku terus meluru turun ke bawah.

“Ya Allah! Rumi, kau tak mandi ke?” tegur ayah.

“Dah mandi la ayah,” jawab aku bersahaja.

“Baru berapa minit je adik kau menjerit depan pintu, kau turun ni kau kata dah mandi? Bila zamannya kau mandi?” soal ayah hairan.

“Semalam ayah!” jawab aku lantas aku salam dan cium tangan ayah dan terus meluru ke kereta.

Ayah hanya menggelengkan kepala, tak boleh nak cakap apa. Mesti masa dia muda dulu pun macam ni jugak, sebab tu dia tak marah.

Aku pijak paddle minyak kereta sepenuh perasaan. Kelas Puan Aminah ni kalau lambat masuk itu namanya cari pasal. Comfirm bernanah telinga aku kejap lagi. Mujur kuasa Allah menyelamatkan aku hari ni, macam tak percaya jalan tak sesak. Bukan tak sesak langsung, tapi kurang la sikit dari selalu.

Dengan hati riangnya, aku tiba di kolej tepat jam 8.40 pagi. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke kelas. Tiba-tiba mata aku terpandang pada sekeping nota yang terlekat di papan notis berhampiran kelas.

PERHATIAN PELAJAR LAW GROUP 30, KELAS DIBATALKAN HARI INI DAN ESOK KERANA SAYA ADA URUSAN DI LUAR. SEKIAN, KESULITAN AMAT DIKESALI. YANG BENAR, PUAN AMINAH.”

Punyalah panas hati aku bila terbaca nota Puan Aminah. Classmate aku sorang pun tak reti-reti nak inform. Maka dengan hati yang mendidih, aku pulang ke rumah. Elok jugak, boleh aku sambung tidur puas-puas.

p/s : To be continue......

5 comments:

fiqah said...

dah ada cite baru??? alamak banyaknya ttgl sjak 'berehat' dari dunia blog

Ungu Violet said...

haha...sempoi...hihi

Nurul Ashikin said...

NI BEST SBB AKAK BOLEH MULA BACA DARI AWAL KISAH.. go ahead

Elie Lily said...

cepat sambung!! :D

Aleen Aiden said...

kat kampung ada jugak jiran yg menamakan anak sempena nama artis dulu2.heh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...