♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Tuesday, 11 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 6

Rahim sedang sibuk mengerjakan enjin kereta di bengkel miliknya. Habis dibukanya enjin kereta Ford yang dihantar kepadanya untuk overhaul. Dia tidak sedar kelibat Shah datang. Shah hanya membisukan diri di sebelah Rahim sambil memerhatikan ketekunan Rahim dalam menjalankan tugasnya.

“Eh, Shah! Bertuah punya budak, dah berapa lama kau diri sebelah aku ni?” soal Rahim yang ternyata terkejut bila menyedari Shah di sebelahnya.

“Aku rasa ada dekat 10 minit aku diri kat sini. Khusyuk betul kau ni, aku rasa kalau mak mertua kau datang pun kau tak perasan.” Usik Shah. Rahim mengajak Shah masuk ke dalam pejabatnya sambil mengambil minuman untuk Shah.

“Lama betul kau tak datang sini Shah, mana kau menghilang? Ada apa hajat kau ni?” tanya Rahim sambil meneguk minuman.

“Aku sibuk sikit la Rahim, banyak kerja-kerja luar sekarang ni. Kebetulan aku lalu sini aku singgah la sekali. Bukan apa, takut nanti kau cakap aku dah lupa jalan pergi workshop kau.” Jawab Shah sambil berseloroh.

“Wah, masyuk la kau sekarang ni. Kau masih kerja dengan Uncle Wong ke Shah?” tanya Rahim.

“Aku dah lama cuci tangan Rahim, aku dah tak buat kerja-kerja kotor tu. Aku dah bina hidup baru yang jauh daripada benda-benda keji dulu,” ujar Shah panjang.

“Baguslah kalau kau dah tinggalkan kerja kotor tu Shah. Aku ni sebagai kawan, aku tak sanggup tengok kau bergelumang hidup dengan dosa, banyak lagi kerja-kerja halal kat luar ni. Tapi Uncle Wong macam mana? Dia tak cakap apa-apa ke masa kau nak berhenti?” soal Rahim gusar.

“Kau rasa?” Shah membalas persoalan itu dengan pertanyaan.

“Eh, kalau dah aku tanya kau maknanya aku tak tau la. Ada pulak kau tanya aku balik!” bentak Rahim membuatkan Shah tersenyum sinis.

“Wong takkan lepas aku buta-buta macam ni Rahim, aku tau ada mata dia yang ikut aku. Aku tak percaya Wong nak biarkan aku,” jawab Shah tenang.

Rahim menggaru-garu kepala kehairanan. Dia pelik dalam situasi begini pun Shah masih mampu tenang.

“Kenapa kau tak report je polis pasal kegiatan Uncle Wong tu? Biar polis tangkap je dia!” ujar Rahim geram.

“Sejahat-jahat Wong, aku masih ada berhutang budi dengan dia Rahim. Kalau tak kerana dia dulu mungkin arwah mak aku tak dapat nak operate,” jawab Shah.

“Kalaupun dia ada jasa dengan kau, tapi dia buat kerja jahat Shah! Dia buat kerja yang melanggar undang-undang! Takkan kau nak subahat dengan dia?” ujar Rahim cuba mentarbiahkan Shah.

Shah tidak berkata apa-apa sebaliknya dia seakan berfikir sesuatu. Seketika kemudian dia bersuara.


“Tengok la Rahim, buat masa sekarang aku tak rasa nak buat apa-apa lagi. Lagipun Wong tak kacau aku sekarang,” jawab Shah menambahkan lagi kegusaran di hati Rahim. Namun Rahim akur dengan keputusan Shah, dia tak mampu mengubah apa-apa. Dia cukup masak dengan sikap Shah.

Shah segera meminta diri dan berlalu pulang meninggalkan Rahim di bengkel keretanya. Kemudian dilihatnya kelibat sebuah motosikal kapcai masuk ke halaman bengkelnya.

“Hoi Rahim! Tadi tu Shah kan?” jerit Liman.

“Ye la, Shah la tu. Kenapa?” balas Rahim. Liman menongkat motornya, kemudian melangkah masuk ke pejabat Rahim.

“Dia nak ke mana tu? Buat job ke? Siapa pulak dia nak taji lepas ni?” soal Liman gelisah. Rahim memandang muka Liman.

“Liman, kau tak tau ke Shah dah cuci tangan?” balas Rahim pula. Liman seakan terkejut dengan penyataan Rahim.

“Kau biar betul Rahim? Kau ingat senang-senang je apek tua tu nak lepaskan anjing-anjing dia macam tu?” tanya Liman yang agak tidak berpuas hati dengan penyataan Rahim.

Rahim menarik nafas seketika, kemudian melepaskan sedikit keluhan.

“Shah cakap dia tau Wong tak akan biar dia lepas macam ni. Tapi bila aku suruh dia bagi kerjasama dengan polis, dia tak nak. Dia kata Wong ada jasa dengan dia. Entahlah Liman, aku tak tau macam mana nak cakap lagi. Kau bukan tak kenal perangai Shah,” jelas Rahim panjang lebar.

“Aku berdoa la, mudah-mudahan Shah tak jadi macam anak si Subra tu. Alaa, siapa tu? Si Suren!” ujar Liman.

“Suren mati atas kebodohan sendiri Liman, dia dah sebat duit Wong lepas tu nak blah. Memang la Wong tak lepas dia hidup-hidup. Tapi aku tak rasa Shah bodoh macam tu, dah bertahun dia ikut Wong. Dia dah masak sangat,” jawab Rahim cuba menyedapkan hatinya.

Liman kemudian beredar membiarkan Rahim menyambung kerjanya. Di dalam hati Rahim memang gelisah, takut-takut dia akan kehilangan kawan baiknya Shah.

p/s : Sedang menyusul part 7...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...