♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Saturday, 22 October 2011

Misteri Cinta Facebook


Nadia, seorang pengguna laman sosial Facebook tegar. Hidupnya pasti tak akan lengkap jika seharian dia tak dapat mengakses ke laman berkenaan, umpama orang ketagihan dadah. Dan laman Facebook juga telah menemukan dia dengan Nazim. Daripada kawan, mereka semakin akrab sehingga menjadi pasangan kekasih.

Hubungan yang menjangkau 2 tahun itu bagaimanapun sekadar hubungan jarak jauh memandangkan Nadia tinggal di Kuala Lumpur manakala Nazim tinggal di Johor dan selama 2 tahun itu juga la mereka langsung tidak pernah bertemu.

Entah macam mana satu hari Nazim nekad mahu berjumpa dengan Nadia di Kuala Lumpur dan mereka mengatur pertemuan di sana. Maka bertemulah pasangan kekasih ini. Mereka begitu intim, begitu mesra. Maklumlah, bercinta 2 tahun tapi tak pernah jumpa.

Malam itu Nazim mahu pulang ke Johor kerana dia bekerja keesokan harinya. Lantas Nadia berjanji akan mengunjungi Nazim serta mahu berkenalan dengan keluarga Nazim di Johor nanti. Nazim seronok mendengar janji yang dilafazkan Nadia dan dia pun segera pulang ke Johor.

Seminggu telah berlalu, Nadia sangat kecewa kerana Nazim langsung tidak menghubunginya selepas pulang dari Kuala Lumpur. Dia cuba menghubungi Nazim tetapi talian sudah tiada dalam perkhidmatan. Nadia sempat mengakses laman Facebook dan meninggalkan pesan kepada Nazim tapi tiada berbalas membuatkan Nadia putus harapan dan kecewa.

Selang beberapa hari Nadia menerima sms dari nombor yang tak dikenalinya.

"Salam, awak sorry lama tak contact sebab phone saya hilang. Saya lupa password fb saya sebab semua data saya simpan dalam phone,"

Sms ini datang dari Nazim, Nadia melonjak kegembiraan. Dia sudah melupakan kekecewaannya sebentar tadi.

"Saya rindu awak, esok saya nak datang Johor. Saya nak tunaikan janji saya!" balas Nadia.

"Kenapa cepat sangat, saya belum bersedia lagi." balas Nazim.

"Sedia atau tak tu semua tak penting! Saya ada alamat rumah awak, esok juga saya sampai tau." balas Nadia sebelum telefonnya kehabisan bateri.

Dek kerana perasaan tak sabar, malam itu tanpa mengecas telefon Nadia terus memandu ke Johor. Niatnya mahu membuat 'suprise' kepada Nazim.

Dia tiba di Johor sekitar jam 2 pagi dan menginap di sebuah hotel berhampiran dengan kediaman Nazim. Alamat rumah Nazim disimpan kemas di dalam tas tangannya.

Keesokkannya pagi-pagi lagi dia menuju ke rumah Nazim. Dibeleknya alamat, dia pasti dia berada di hadapan rumah Nazim. Lantas Nadia memberi salam dan seketika kemudian keluar seorang lelaki tua.

"Ya anak, cari siapa?" soal lelaki tua terbabit.

"Saya datang nak jumpa Nazim. Nazim ada di rumah pakcik?" soal Nadia. Lelaki tua itu tak berkata apa dan hanya memanggil isterinya keluar bertemu Nadia.

"Anak ni siapa? Apa tujuan anak cari Nazim?" soal isteri pakcik tadi.

"Saya Nadia, kawan dia. Nazim keluar ke makcik?" soal Nadia pula.

"Sebenarnya...Nazim dah meninggal dunia minggu lepas, kemalangan masa balik dari KL." jelas makcik terbabit membuatkan Nadia terpana.

"Tapi saya baru je ber'sms' dengan dia malam tadi, mustahil makcik!" ujar Nadia sambil cuba menunjukkan sms yang dikirim Nazim, malangnya dia baru teringat dia lupa nak cas bateri.

"Betul nak, Nazim meninggal kemalangan minggu lepas!" sampuk pakcik tua pula.

Nadia meraung menangis seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa lelaki yang dicintainya dikhabarkan sudah meninggal dunia. Tapi dia hairan, siapa yang menghantar sms kepadanya cuma dia tidak menyuarakannya.

Tiba-tiba bahu Nadia dicuit seseorang. Nadia menoleh dan terkejut.

"Awak dah kenapa menangis meraung kat sini?" soal Nazim.

"Apa semua ni pakcik, makcik? Kata Nazim dah meninggal?" Nadia mulai bercelaru.

"Awak ni yang salah rumah, Nazim anak pakcik ni memang dah meninggal minggu lepas. Rumah saya kat depan tu je. Tu la, lain kali telefon tu jangan off! Saya nak beritahu saya dah pindah, tapi awak off phone. Kan dah salah rumah!" marah Nazim membuatkan Nadia malu tak terhingga.

p/s : Telefon kita ada kepentingannya! Jangan off, mana la tau ada emergency!




5 comments:

Ungu Violet said...

manis akhirnye....huhu

miera said...

hahahaha! potong stim je..

Anonymous said...

ado0i dengr meninggal je...dpt bayangkan sad ending...tp rupe r hepy huhuhu :D

fi said...

pandai erk kena kan org.. baru nak tangkap leleh :[

EYQASARA said...

kehkehkehkeh... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...