“Garang jugak Ain ni ye, takut aku dibuatnya.” Bicara Ida. Suraya hanya menganggukkan kepala.
“Ada masa-masa dia ni macam ibu singa kalau korang nak tau, tapi biasanya dia ni manja je.” Jelas Nisa mengenai personaliti Ain yang dikenalinya sejak di bangku universiti.
“Arwah Shah diamkan aje ke Ain marah dia macam tu?” soal Suraya pula ingin tahu. Nisa melepaskan keluhan seketika.
“Arwah Shah ni orangnya hati agak lembut, lebih banyak diam je. Entah la, tunang aku yang lebih kenal dia. Lebih tahu macam mana sifat arwah,” jawab Nisa sebelum menyambung ceritanya...
Shah baru selesai menunaikan solat Asar di sebuah masjid, dia kemudiannya berjalan di sekitar ibukota mencari tempat nak merehatkan diri. Baginya lebih selesa berjalan daripada memandu di ibukota pada waktu petang sebegini yang bagai mencari penyakit.
Sedang matanya meliar mencari tempat makan dia terlanggar seseorang yang kebetulan melalui jalan tu.
“Awak? Awak lagi! Agaknya awak ni memang tak reti guna mata ke?” pekik Ain yang terjatuh akibat terlanggar Shah.
“Saya ke yang salah? Kalau salah saya maaf la, tapi sebenarnya siapa yang tak guna mata dengan betul? Saya ke awak ek?” jawab Shah sinis menyebabkan Ain panas hati.
“Hei! Awak ni dah kenapa? Daripada hari tu lagi awak cari pasal dengan saya?!” marah Ain. Shah terkejut tetapi kemudiannya ketawa.
“Cik adik, saya takde masa nak cari pasal dengan awak atau dengan sesiapa pun. Apa masalah awak sebenarnya yang awak tak puas hati sangat dengan saya? Saya...Kenal awak pun tak!” ujar Shah panjang lebar.
“Awak ni! Hei!” belum pun sempat Ain menghabiskan ayat, Shah telah berlalu pergi menambahkan lagi kebencian Ain kepada Shah.
Shah berjalan dan terus berjalan tanpa mempedulikan Ain. Baginya buang masa sahaja melayan kerenah kebudak-budakan Ain.
“Apa masalah minah tu, period tak habis-habis lagi ke?” bisik hati Shah sambil tergelak sendiri.
Setiba di rumah, Ain terus meluru ke biliknya dengan muka masam mencuka. Nisa dan Rina memandang satu sama lain kehairanan. Mereka segera ke bilik Ain dan melihat Ain sedang melepaskan kemarahan.
“Ain, kenapa dengan kau ni? Kebelakangan ni asyik moody je aku tengok,” soal Nisa cuba ambil tahu.
“Sepupu tunang kau la, tak habis-habis cari pasal dengan aku!” bentak Ain mengejutkan Nisa.
“Tu bukan sepupu Bad la, tu kawan dia. Kau pergi jumpa dia buat apa?” tanya Nisa kehairanan.
“Aku terjumpa dia dekat dengan LRT Masjid Jamek. Dah la dia langgar aku lepas tu bila aku tanya mata dia letak mana, boleh pulak dia menganjing-anjingkan aku. Bengang betul la aku dengan dia!” bebel Ain.
“Ain, sabar OK. Setahu aku la, Bad cakap budak tu baik Ain. Kau cuba la bagi muka sikit dekat dia, ini kau tak kenal pun dia tapi dah asyik nak menyerang dia je. Jangan-jangan dia jodoh kau tak?” sempat Nisa mengusik Ain dalam kemarahan Ain.
“Tolong la, aku tak ingin la berjodohkan orang macam tu!” marah Ain.
“Jangan cakap macam tu Ain. Kuasa Allah, ketentuan Allah, kita tak berhak melawan.” Balas Nisa membuatkan Ain terdiam.
Nisa dan Rina segera membiarkan Ain menenangkan diri dalam biliknya.
“Nisa, aku tengok Ain ni anti betul dengan kawan tunang kau tu.” Ujar Rina. Nisa tersenyum seketika.
“Kau percaya tak Rina, sekarang ni dia benci tapi satu hari nanti sayang.” Usik Nisa membuatkan Rina tergelak.
“Maksud kau ni mendalam Nisa,” balas Rina sambil menyambung gelaknya.
“Kau tengok aje la, percaya la apa aku cakap ni Rina. Satu masa nanti budak yang dia benci sangat-sangat tu la yang dia sayang nanti,” ujar Nisa yakin.
p/s : Opps..Part 6 dalam pembikinan..
No comments:
Post a Comment