Selesai sudah majlis pertunangan Badrul dan Nisa. Rombongan keluarga Badrul telahpun selamat pulang ke rumah. Di rumah, Badrul agak kehairanan melihat Shah duduk termenung sendirian di halaman rumahnya. Lalu dihampiri sahabatnya itu.
“Kau ni dah kenapa Shah? Angau sejak balik dari rumah tunang aku? Ada yang berkenan ke?” tegur Badrul menyentap lamunan jauh Shah.
“Berkenan apanya, aku mendapat ayat-ayat pedih ada la.” Jawab Shah. Badrul agak terkejut dengan jawapan Shah.
“Pasal apa pulak ni? Cuba kau cerita sikit kat aku,” tanya Badrul inginkan jawapan.
“Ada la sorang minah tu, tak tau la sedara-mara tunang kau ke apa ke. Dia dah la kalut berjalan, aku buka pintu pun dia tak perasan. Tau-tau gedebuk, tertonggeng sebab terlanggar pintu. Belum sempat aku minta maaf, dia sound aku berguni-guni. Malu aku dibuatnya Bad!” cerita Shah panjang lebar. Badrul tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kering betul hati minah tu, depan orang ramai ke dia sound kau?” tanya Badrul lagi. Shah hanya menganggukkan kepala.
“Yang minah tu nak angin sangat pasal ape pulak?” tanya Badrul seakan tak berpuas hati.
“Aku malas nak jawab, aku rasa kau pun dah sedia tau apa aku nak jawab.” Ujar Shah membuatkan mereka berdua ketawa besar.
Ain duduk di beranda luar rumah Nisa selepas selesai kerjanya mengemas dapur. Seketika kemudian muncul Nisa, Rohayu dan Rina menemaninya di luar.
“Ain, dah kenapa dengan kau tadi? Kalau ye pun marah, jangan la sound mamat tu direct depan orang ramai. Kesian aku tengok dia, malu tau.” Bicara Nisa memulakan topik. Ain diam seketika.
“Dah salah dia, mata letak kat lutut!” balas Ain mempertahankan situasi.
“Habis tu mata kau letak kat mana? Kenapa kau tak elak?” tanya Nisa geram. Ain seakan tak tahu apa yang nak dijawabnya. Dia hanya mendiamkan diri.
Rohayu dan Rina juga tak berkata apa, sekadar mendengar bicara Ain dan Nisa. Dalam hati mereka berbisik, baru mereka tahu kenapa Ain bermasam muka dari tadi. Melihat Ain seakan rasa bersalah, Rina segera memberi isyarat kepada Nisa supaya memujuk Ain.
“Dah la Ain, tak guna nak marah-marah. Benda dah jadi pun kan,” pujuk Nisa. Nisa segera mendakap Ain.
p/s : Bakal menyusul, part 5 pulak...
2 comments:
cepat2 sikit ya mengarang..x sbar nak mmbaca ni..:)
baca lg kat sini...:)
Post a Comment