Amer berumur 15, merupakan seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggallah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya di dalam pelajaran.
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan PMR.
Suatu petang bapanya memanggil Amer.
"Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang di dalam PMR? Basikal?"
Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."
Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.
Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan di dalam SPM, dia mendapat semua A dan melanjutkan pelajarannya dalam jurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong. Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya. Dia telah menerima anugerah sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya tetapi dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.
Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang siuman, tetapi masih berbangga.
Setelah itu Amer diterima bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan yang terbesar di Malaysia. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.
"Kau ni, asyik-asyik bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta BMW M5." marah bapaknya.
Setelah itu Amer diterima bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan yang terbesar di Malaysia. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.
"Kau ni, asyik-asyik bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta BMW M5." marah bapaknya.
Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.
Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk memandu uji keretanya. Namun, malang tak berbau. Amer terlibat dalam kemalangan yang teruk dan dimasukkan ke wad ICU. Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.
Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer sudah tiada harapan untuk hidup lalu Amer mengeluarkan semua bola ping pong pemberian bapanya dan menyerahkan pada bapanya.
"Bapak... ambiklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.
"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke faedahnya?” tanya bapaknya.
"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." jawab Amer.
"Apa dia?" soal bapa Amer.
Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.
Apakah misteriya? Anda nak tau????
Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.....
2 comments:
alaaa.....suspend betul la...
ade smbungan x??
nak thu ni....
misteri sungguh...haderhh..:P
Post a Comment