Wednesday, 19 October 2011
Misteri Bola Ping Pong #3
Tahun 2010
Bola ping pong milik Amer disimpan di dalam satu bekas khas dan diletakkan di kawasan yang tinggi tahap kawalan keselamatannya. Sudah lebih 10 tahun misteri bola ping pong ini masih belum terungkai.
Mengejutkan juga pabila Zaki ditemui mati di makmalnya dipercayai tercekik bola ping pong akibat tekanan perasaan. Siapa sangka bola ping pong yang kecil ini mampu meragut nyawa manusia, benar-benar misteri.
Kerana khuatir lebih ramai menjadi mangsa, maka bapa Amer telah menyerahkan bola-bola ping pong milik Amer satu masa dulu kepada pihak muzium untuk dijadikan koleksi misteri. Tapi bola-bola ping pong ini terus mencetuskan pelbagai fenomena misteri.
Hari pertama bola-bola ping pong ini di dalam simpanan muzium, seorang pengawal keselamatan ditemui mati ketika sedang mengutip bola-bola ping pong yang bertaburan di lantai muzium hanya kerana tergelincir akibat terpijak salah satu daripada bola ping pong tersebut.
Seminggu kemudian skuad ping pong negara disingkirkan dalam temasya Kejohanan Ping Pong sedunia kerana stok bola ping pong yang mereka bawa hilang.
Sebulan kemudian berlaku perselisihan faham antara pegawai muzium dan pegawai jabatan perhilitan kerana mereka menyangka pihak muzium telah mencuri dan menyimpan telur-telur penyu, haiwan yang dilindungi sebelum mereka malu sendiri apabila menyedari itu hanyalah bola-bola ping pong.
Apakah yang bakal berlaku setahun kemudian dan tahun-tahun seterusnya pulak? Adakah misteri bola ping pong ini akan terjawab ataupun terus menjadi misteri?
Andai terjawab misteri ini, pasti dah takde lagi sambungan Misteri Bola Ping Pong ni. Jadi apa kata anda? Sila kemukakan pendapat anda di laman Facebook M.7.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment