♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Wednesday, 12 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 10

“Aku terkejut bila nampak Ain masuk ke bilik menggigil-gigil. Bila aku tanya dia tak jawab kenapa. Dah la siang tu dia hilang terus, kata pergi pejabat pos sekejap je. Terus tak muncul-muncul,” cerita Nisa.

Ida dan Suraya semakin seronok mendengar cerita Nisa.

“Dah tu bila dia bagitau pasal kejadian tu?” soal Ida.

“Aku pujuk-pujuk dia jugak, barulah dia cerita. Aku terkejut sangat, aku ingat dia tipu aku. Tapi bila aku fikir-fikir, Ain ni bukan jenis orang yang suka reka-reka cerita.” Sambung Nisa lagi.

“Dah tu apa jadi dengan Farouk tu Nisa? Mati ke dia?” sampuk Suraya pula yang semakin rancak ingin tahu kisah selanjutnya.

“Teruk jugak la Shah kerjakan dia. Ain kata dekat dua minggu jugak dia terlantar, mujur la tak mati.” Jawab Nisa.

“Isk, elok mati je Farouk tu! Aku dengar kau cerita pun meluat aku! Macam mana la Ain boleh selera dengan orang macam tu dulu?” perli Ida.

“Belum sampai masa dia Ida. Tapi lepas kejadian malam tu, hubungan Ain dengan Farouk makin renggang. Farouk dapat rasa Ain yang perangkap dia,” cerita Nisa.


Malam tu Farouk benar-benar marah. Ain tak mampu berkata apa-apa, dibiar sahaja Farouk melepaskan kemarahannya. Habis Ain menjadi mangsa maki hamun Farouk.

“Tergamak you perangkap I! Betina jenis apa you ni? Tak cukup ke kemewahan yang I bagi selama ni sampai you sanggup heret I jadi mangsa jantan haramjadah tu?” tengking Farouk.

“I takde masa nak pasang perangkap atau jerat you la! Untuk apa I nak jerat you? Boleh tak you fikir matang sikit?” balas Ain mempertahankan dirinya.

“I kena pukul, mana you pergi? You tinggalkan I bodoh-bodoh macam tu?” marah Farouk lagi.

“You gila ke? I perempuan, takkan I nak masuk campur? Lagipun I dengar you hebat sangat, takkan dengan budak Shah yang you kata halus sangat tu you tak lepas?” sindir Ain kemarahan membuatkan Farouk terkedu seketika.

“You upah orang belasah Shah, lepas tu you pura-pura cari dia kat court basketball malam tu kan? You ingat I tak tahu?” tambah Ain lagi.

“I upah orang? Apa you cakap ni? You jangan tuduh I bukan-bukan!” tengking Farouk menafikan kata-kata Ain.

“I tak tau la macam mana I boleh bercinta dengan lelaki pengecut macam you! Cakap lebih tapi apa pun tak boleh pakai!” marah Ain meluahkan kesalnya.

Dek kerana terlalu marah, Farouk hilang pertimbangan. Dipukulnya Ain bagaikan orang hilang akal. Akibat pukulan itu Ain pengsan. Farouk melihat kiri kanan, takut-takut ada yang ternampak. Lantas diangkatnya Ain ke dalam keretanya.

Seketika kemudian dia merenung Ain. Timbul rasa kesal di hatinya kerana memukul Ain. Akan tetapi bagai dirasuk dek syaitan, Farouk mengambil kesempatan untuk merogol Ain di dalam keretanya memandangkan kawasan itu agak sunyi dari laluan orang ramai.


Ain mencelikkan matanya, hari sudah terang. Alangkah terkejutnya dia saat melihat dia tanpa seurat benang, lantas dia sembunyi di sebalik rimbunan pokok. Mujur telefonnya ada di situ, yang tiada cuma pakaiannya. Ain segera menghubungi Nisa meminta bantuan.


Ketika Nisa tiba bersama Rina, mereka terkejut dengan apa yang menimpa Ain. Diberikan sepersalinan pakaian kepada Ain. Nisa menasihatkan Ain agar membuat laporan polis, tetapi Ain enggan kerana tak mahu menganggung malu. Puas Nisa dan Rina memujuk, tetapi Ain berkeras. Mereka akur dengan keputusan Ain lantas membawa Ain pulang ke rumah.

“Ain,...” sapa Nisa.

“Nisa...Tolong rahsiakan perkara ni ye, janji dengan aku!” pohon Ain.

“Baiklah, aku janji.” Jawab Nisa lalu didakap sahabatnya itu erat-erat. Ain menangis sepuas-puasnya.

Nisa kemudiannya membiarkan Ain sendirian di biliknya. Jauh di sudut hatinya penuh kemarahan. Namun apakan daya, dia sudah berjanji dengan Ain. Seketika kemudian Nisa kembali ke bilik Ain, membawakan segelas minuman panas untuk Ain.

“Nisa...Aku susahkan kau ke?” bicara Ain.

“Sudahlah Ain, jangan cakap macam tu. Kita ni dah macam adik-beradik. Sekarang kau rehat dulu tau,” pujuk Nisa.

p/s : To be continue....Part 11.....

1 comment:

The day we meet said...

kesiannya kena rogol..huhu...
tp nasibla ain dh sedar ngn prangai farouk tu!

nnt next episod roger2 ek..haha..thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...