♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Wednesday, 12 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 8

Shah menanti kedatangan Ain dan kekasihnya di gelanggang bola keranjang seperti dinantikan. Dia betul-betul mahu menghabiskan lelaki bermulut celupar itu. Tanpa disedarinya, sekumpulan 5 lelaki datang dari arah belakang dan menyumbat kepala Shah ke dalam guni dan memukulnya serta mengheretnya masuk ke dalam van. Shah dipukul teruk di dalam van oleh kumpulan terbabit dan dibawa pergi dari situ.


Ain dan kekasihnya tiba di gelanggang itu. Dengan membawa sebatang kayu, kekasih Ain mencari-cari Shah di sekitar gelanggang itu namun gagal menemui kelibat Shah.

“You tengok, budak tu cakap je lebih. Mana dia? Penakut! Baru I bagi sikit je siang tadi, dia nak tunjuk berani konon! Depan you boleh la tunjuk berani,” lagak lelaki terbabit. Ain turut kehairanan.

“Sudah la sayang, jom kita balik!” ajak lelaki terbabit. Ketika menuju ke kereta, Ain terpandang seutas rantai berhampirannya. Dia mengambilnya dan cepat-cepat menyimpan di dalam kocek tanpa disedari kekasihnya.

Di dalam kereta, lelaki itu tak habis-habis bermegah dengan kehandalannya. Ain pula semakin bosan. Sudahlah semua program tergendala kerana tindakan bodohnya yang menyebabkan mereka ditahan polis, kekasihnya pula semakin bangga kononnya Shah takutkannya.
____________________________________________________________

Van berhenti di suatu kawasan sunyi, lantas sekujur tubuh Shah dihumban di situ sebelum mereka beredar meninggalkan Shah di situ. Shah terkulai tak bermaya, tubuhnya dibasahi darahnya sendiri. Shah bangkit dengan sisa kudrat yang tinggal namun dia tidak berdaya. Kesakitan dirasai di segenap tubuhnya. Dia rebah di tengah-tengah jalan.

Kebetulan beberapa minit kemudian sebuah kereta melalui kawasan itu dan terpandang sekujur tubuh Shah terbaring di tengah laluan. Kereta itu berhenti, pemandunya keluar melihat keadaan Shah.

“Brother! Lu kenapa ni? Lu sedar tak?” tanya lelaki terbabit namun pertanyaannya tidak berjawab. Lantas dipikulnya Shah dan membawanya ke hospital berhampiran.
_______________________________________________________________

Shah mencelikkan matanya, dia memandang sekeliling. Dia kemudiannya bangun dan cuba turun dari katil hospital, namun kesakitan yang dirasainya membuatkan dia tak mampu berbuat apa-apa. Seketika kemudian datang seorang jururawat serta seorang lelaki kepadanya.

“Bro, dah sedar pun. Nama gua Fairuz, gua yang bawak lu ke sini. Apa kes lu terbaring kat tengah jalan malam tadi?” soal Fairuz, lelaki yang membawa Shah ke hospital.

“Saya pun tak tahu. Seingat saya ada orang tutup kepala saya, pukul saya dan lepas tu apa pun saya tak ingat.” Jawab Shah.

“Nasib baik lu tak apa-apa, gua nak chow dulu. Ini number contact gua, apa-apa hal lu hallo je gua! Apa nama lu bro?” balas Fairuz.

“Saya Shah. Terima kasih bro, sebab...”

“Tak payah nak terima kasih, gua tolong apa gua mampu je. Jaga diri lu baik-baik, Assalamualaikum!” potong Fairuz mengakhiri perbualan mereka.

Shah menjawab salam Fairuz sebelum diarahkan berehat oleh jururawat bertugas. Shah mulai mengesyaki perbuatan ini angkara kekasih Ain. Dia mulai mengatur strategi dan percaturan yang akan dia lakukan bila keluar dari hospital nanti.

p/s : Hari ni aku off-duty, jadi pastikan korang nantikan Part 9!

1 comment:

Ungu Violet said...

worait...next part 9..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...