♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Monday 10 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 3

“Adakah kau maksudkan Ain dengan arwah Shah ni first time kenal masa majlis pertunangan kau Nisa?” soal Ida ghairah ingin tahu. Seraya semua mata tertumpu kepada Nisa.

Nisa mendiamkan diri seketika seakan cuba mengingati bibit pertemuan Ain dan Shah.

“Kisah diorang ni tragik sikit, bukan macam couple-couple lain tu.” Jawab Nisa. Ida dan Suraya memandang Nisa kehairanan.

“Mesti korang tak percaya kisah cinta diorang ni. Aku pun mula-mula tak faham jugak, tapi lama-lama baru aku perasan betapa kuatnya cinta diorang ni.” Jelas Nisa penuh semangat.

“Wah, ni yang aku tak sabar nak dengar ni. Cerita lagi la Nisa,” ujar Suraya yang mulai berminat ingin tahu.

Nisa menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian dihembuskan. Segera dia memulakan cerita...
 


Suasana di rumah Nisa pagi itu agak kelam-kabut. Kaum kerabat sibuk membuat persiapan terakhir sebelum menerima kunjungan keluarga Badrul. Di dalam bilik, Nisa sedang sibuk didandan oleh kakaknya dan turut ditemani oleh Ain, Rohayu dan Rina.

“Macam tak percaya je hari ni kawan aku ni nak bergelar tunangan orang dah,” ujar Ain girang.

“Alaa, lepas ni korang semua pulak.” Jawab Nisa ringkas sambil tersenyum.

“Nisa, cantiknya kau. Berseri-seri aku tengok,” usik Rohayu disahut gelak kecil Rina dan Ain. Nisa hanya tersenyum malu.

Seketika kemudian kedengaran deruan enjin kereta di luar rumah. Ain dan Rina segera menjengah di balik tirai jendela bilik Nisa, kelihatan rombongan pihak lelaki sudah tiba. Ain mengamati setiap tetamu yang hadir, kelihatan semuanya seperti orang-orang berada.

“Nisa, family Badrul ni orang kaya-kaya ke? Nampak mewah je kereta masing-masing.” Soal Ain ingin kepastian.

“Kaya tu tak la, tapi kira senang jugak la.” Jawab Nisa ringkas. Ternyata Nisa gugup.

Seketika kemudian ibu Nisa menjengah di balik tirai bilik meminta Ain, Rohayu dan Rina membantu di dapur. Lantas mereka bertiga bergegas meninggalkan bilik dan menuju ke dapur.

“Ayu, Rina, aku nak ambik barang dalam kereta kejap.” Jelas Ain. Segera dia berjalan keluar menuju ke keretanya. Dalam kekalutan Ain tiba-tiba tanpa disedari dia terlanggar pintu kereta yang sedang dibuka oleh seseorang menyebabkan dia jatuh.

“Hei, mata kau letak kat mana hah?! Tak nampak orang lalu ke?” herdik Ain kemarahan menyebabkan semua mata tertumpu kepadanya.

“Eh, saya minta maaf la. Saya tak sengaja,” jawab Shah sopan. Tanpa mempedulikan Shah, Ain terus meluru masuk ke dalam rumah membiarkan Shah terpinga-pinga di luar.

Ain duduk di dapur membantu apa yang patut. Rohayu dan Rina kehairanan melihat sikap Ain yang berubah tiba-tiba.

“Ain, dah kenapa dengan kau ni? Tadi aku tengok OK je, boleh gelak-gelak. Ni tiba-tiba muka macam botol cuka,” soal Rina ingin tahu.

“Aku menyampah la, ada sampah kat luar tu! Mata letak kat lutut agaknya,” bebel Ain. Rohayu dan Rina hanya mendiamkan diri sahaja takut mereka akan menambahkan panas di hati Ain.

p/s : Nantikan susulan part 4 pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...