Malam itu di rumah, Ida dan Suraya duduk di ruang tamu. Nisa yang baru selesai solat segera turun ke ruang tamu.
“Nisa, aku sedih tengok Ain pagi tadi. Sayang betul dia kat arwah Shah tu.” Ujar Ida memulakan cerita.
“Kalau kena kat kita pun macam tu jugak Ida. Arwah Shah tu baik sangat, tak sangka terlalu cepat dia pergi.” Jelas Nisa.
“Orang baik ni Allah sayang. Aku tak pernah jumpa dengan arwah, kau sempat jumpa dia ke Nisa?” soal Suraya pula.
“Aku kenal arwah sekali dengan Ain la. First time diorang jumpa, aku temankan Ain. Arwah ni kawan baik dengan tunang aku,” cerita Nisa.
“Ye ke? Cuba kau cerita, kitorang nak tahu jugak.” Pinta Suraya lagi. Nisa segera memulakan ceritanya.....
Shah sedang duduk menonton televisyen di rumah. Itulah rutin hari minggunya setelah seminggu memerah keringat mencari rezeki. Hari cutinya lebih selesa dihabiskan dengan bersantai di rumah sahaja. Sedang khusyuk diamati filem yang sedang dimainkan, pintu rumahnya diketuk. Segera dia bangun membuka pintu.
“Eh, Badrul! Kenapa datang tak call dulu?” ujar Shah terkejut melihat kelibat Badrul.
“Tak payah call pun aku tahu kau mesti kat rumah punya. Apa kau buat kat rumah ni Shah hari-hari minggu ni? Bawak-bawak la keluar berjalan ke, ini terperap je. Macam anak dara la kau ni,” usik Badrul.
“Aku nak keluar ke mana je? Baik duduk rumah je Bad, boleh rehat-rehat.” Jawab Shah.
“Kebetulan jumpa kau ni Shah, aku nak jemput kau ni. Minggu depan aku bertunang, dapat orang kampung kau Shah. Aku harap kau datang la,” jemput Badrul.
“Alhamdulillah, tahniah Bad. Betul ke orang kampung aku ni?” soal Shah ingin kepastian.
“Takde la sekampung betul, tapi orang Johor jugak la. Kau jangan tak datang pulak Shah,” jelas Badrul. Nyata dia benar-benar mahu Shah datang.
“Insyallah, kalau takde halangan aku sampai. Lagipun dah lama tak balik kampung,” jawab Shah.
“Lama rasanya aku berkawan dengan kau, tapi tak pernah sekali pun kau cerita bila kau nak kahwin. Jangan simpan lama-lama Shah, nanti berkulat.” Tanya Badrul mengusik sahabatnya. Shah agak terkedu dengan usikan Badrul. Seketika kemudian dia tergelak besar membuatkan Badrul kehairanan pula.
“Aku belum sampai seru lagi Bad, mungkin lain tahun kot. Calon pun dok tercari-cari lagi,” jawab Shah berseloroh. Jawapan Shah membuatkan Badrul tersenyum.
“Jangan-jangan kau ni memilih sangat kot? Kalau dah ada yang berkenan tu, sambar aje Shah. Takkan kau nak jadi bujang lapok pulak?” usik Badrul.
“Mana ada memilih, tapi perempuan zaman sekarang ni yang memilih. Ye la, aku mana ada ciri-ciri lelaki idaman wanita.” Jawab Shah seloroh.
“Kau apa kurangnya Shah, muka ada, karier ada. Mustahil la takde perempuan yang nak kat kau. Ini mesti kau yang memilih ni,” usik Badrul lagi. Badrul cukup gemar mengusik Shah sejak dulu lagi. Tak hairan la hubungan mereka begitu akrab sekali.
“Ada lagi yang aku kurang Bad, kau je tak tahu.” Jawab Shah membidas penyataan Badrul.
“Kurang apa? Kurang ajar?” ujar Badrul mempersendakan Shah. Mereka lantas tergelak besar.
“Macam ni la Shah, nanti kau datang la majlis pertunangan aku. Kawan-kawan bakal tunang aku semua cun belaka, kau pilih je mana kau berkenan. Aku yang rekemen nanti,” sambung Badrul mengusik Shah lagi.
“Kau jangan macam-macam Bad, aku tuntut nanti!” balas Shah.
“Tuntut la, takde hal punya. Kalau boleh aku nak kau bersanding sekali dengan aku nanti,” jawab Badrul.
“Hilang akal kau ni, apa kau dah gila nak bersanding dengan aku? Aku ni lelaki la!” usik Shah seloroh membuatkan Badrul tak berhenti ketawa.
“Shah, kau ni betul la. Aku serius ni, kau boleh main-main. Jangan lupa datang tau, kau tuntut la apa kau nak tuntut kat sana nanti.” Ujar Badrul. Badrul kemudian meminta diri untuk pulang.
p/s : Jangan lupa follow part 3 pulak...
p/s : Jangan lupa follow part 3 pulak...
No comments:
Post a Comment