Bahagian 5
Tepat jam 11.30 malam aku pulang ke rumah, nampaknya ayah belum lagi tidur. Khusyuk betul ayah tengok dvd konsert Double Trouble Search & Wings sampaikan aku balik pun dia tak perasan. Agaknya kalau perompak masuk rumah pun memang dia takkan perasan punya, macam tu la sikap ayah kalau dah mengadap konsert-konsert yang dimainkan tak kira la live ataupun dvd. Yang ni je mau lebih 20 kali dah dia ulang.
“Ayah,” panggil aku namun tak ada respon.
Saat aku pergi ke depan ayah, dia tidur rupanya. Patut la langsung tak bertindak balas. Aku pun tutup dvd player dengan tv dan terus naik ke bilik. Tapi disebabkan sebelah siangnya aku dah membuta sakan, mula la jadi burung hantu. Tak boleh nak tidur la.
Mujurlah esok kelas aku hanya pada sesi petang memandangkan Puan Aminah dah membatalkan kelasnya hari ni dan pagi esok, jadi boleh la aku bangun tidur lewat sikit sekiranya aku tertidur nanti. Lagipun aku dah beli jam loceng baru masa balik dari bandar tadi. Aku tak kisah sangat pasal jam loceng sebab adik aku si Eva merupakan jam loceng kedua aku, kiranya macam talian hayat la.
Puas aku guling ke kiri dan ke kanan tapi mata dah tak boleh nak lelap. Nak padam lampu takut pulak sebab mimpi ngeri aku tu la. Aku bangun dan mencapai sebuah novel pemberian kakak aku masa birthday aku yang lepas dan yang paling penting baru ni aku nak baca. Aku pun menyelak novel, baca, baca, baca dan akhirnya pandangan aku gelap. Dah tidur la......
Bahagian 6
Lesu betul rasa badan ni, mula la malas-malas nak pergi kelas. Jam baru pukul 10 pagi, di bawah jam terdapat sekeping nota. Aku mencapai nota tersebut.
“KAU TIDUR KE MATI TERUS DAH? LAIN KALI BANGUN SOLAT SUBUH!” – AYAH-
Terkejut pulak aku bila baca nota yang ayah tinggalkan. Ini mesti ayah puas kejut aku Subuh tadi tapi aku tak bangun-bangun. Dengan perasaan malas, aku bangkit menuju ke bilik air, mandi dan kemudiannya bersiap-siap untuk ke kolej.
Sesudah aku bersiap, aku pun melangkah turun ke bawah. Tapi hari ni nak menjamah sarapan pun memang aku tak lalu, perasaan malas tu kuat betul la.
“Rumi, kau makan kat luar je la. Pagi ni ayah tak buat sarapan,” tegur kakak ku.
“Ayah ada hal ke? Kalau sampai tak sempat buat sarapan tu mesti dia keluar awal kan?” soal aku kepada Julie.
“Bukan ayah keluar awal, tapi ayah bangun tidur lambat!” balas Julie. Serta-merta aku membayangkan bagaimana keadaan ayah pagi tadi, comfirm kelam-kabut bagai nak gila.
Aku mencapai kunci kereta dan terus melangkah keluar dari rumah. Hala tuju aku pastilah ke kolej. Rajin betul aku, kelas pukul 2 petang tapi seawal 11 pagi aku dah keluar. Keluar awal sebab ada misi! Misi untuk mengisi perut dulu.
Setibanya di kolej, hala tuju pertama aku tak lain tak bukan ialah cafe. Yeah, memang rakus sungguh aku ni. Perut dah lapar, macam-macam orkestra dah berbunyi. Seperti biasa selepas mengambil makanan dan minuman, aku duduk di suatu sudut. Kebetulan ada 2-3 orang rakan sekuliah aku, jadi aku duduk dengan diorang.
“Awal betul kau sampai hari ni Rumi, selalunya dah separuh masa kelas baru kau sampai.” Perli Sahak.
“Hari ni aku nak berhijrah, aku nak jadi Rumi yang baru.” Jawab aku bersahaja sambil menyuap makanan.
“Hijrah kau tu untuk hari ni je kan?” perli Nash pula.
“Ye la, aku cakap hari ni je.” Jawab aku lagi sambil disahut gelak ketawa mereka berdua.
Sedang aku menyuap makanan dengan lahabnya, mata aku tertumpu pada seorang gadis cantik yang sedang duduk bersama rakan-rakannya di meja depan aku.
“Nash, Sahak, cuba kau tengok awek belakang kau tu. Cun betul!” ujar aku.
“Budak tu ke? Nama dia Mira, budak fakulti engineering. Anak orang kaya tu Rumi,” jelas Nash.
“Dah tu kenapa kalau anak orang kaya pun?” soal aku.
“Kerek gila minah ni beb. Ye la, orang berduit ni lain macam sikit. Kau tengok, campur pun budak-budak level dia je. Mana nak duduk dengan minah-minah kampung,” sindir Nash lagi.
Aku hanya merenung kelibat gadis bernama Mira tu, memang cun. Tergoda jugak la aku dibuatnya. Tapi nak pergi tegur dia, mintak maaf la banyak-banyak. Aku pemalu, bukan sombong. Apa aku mampu buat cuma usha dari jauh je la.
“Kau berkenan dengan budak tu ke Rumi?” soal Sahak tiba-tiba.
“Mana ada, ada aku cakap aku berkenan? Aku cuma cakap dia cun je,” jawab aku.
“Dah kau asyik usha dia je, macam ada hati je?” soal Sahak lagi.
“Sebab aku tau tak boleh dapat la aku usha dari jauh je,” jawab aku.
Aku hanya memerhatikan je gerak-geri budak bernama Mira tu. Daripada dia bersembang, makan dan kemudian dia bangun meninggalkan cafe. Tapi masa dia nak blah tu dia tertoleh pulak ke arah aku. Apa lagi, cepat-cepat aku cover line. Nasib baik dia tak perasan aku dok usha dia dari tadi.
p/s : Bersambung lagi daa.....
1 comment:
wahhh ...boleh tahan cerita ni,keep it up bro
Post a Comment