Ida dan Suraya sangat terkejut dengan cerita yang disampaikan Nisa.
“Kejam betul ex boyfriend Ain tu, mana la Ain boleh kenal dia dulu?” soal Suraya.
“Ain pernah cerita kat aku, dia kenal Farouk tu masa praktikal. Masa dia kenal tu, Farouk tu baik sangat katanya.” Jawab Nisa.
“Lelaki...Masa belum dapat baik la, dah dapat mula perangai macam sampah!” sampuk Ida geram.
Nisa ke dapur dan seketika kemudian dia kembali membawa sedulang minuman panas.
“Lepas tu apa yang berlaku Nisa? Cerita la,” pinta Suraya. Nisa meneguk minuman dan kemudian meneruskan ceritanya.
Shah duduk termenung di beranda rumahnya. Dia resah mengenangkan nasib Ain, serba-salah diri dibuatnya. Dia kesal Ain menjadi mangsa Farouk kerana membantu dia memerangkap Farouk. Makin difikirkan, makin panas hatinya. Seketika kemudian kedengaran azan Asar berkumandang, dia tersentap dari lamunan dan beristighfar. Dia masuk ke dalam, mengambil wuduk dan menunaikan solat.
Selesai bersolat, Shah tidak berganjak dari tikar sejadah. Dia kesal, niat hatinya mahu membuang sikap barannya serta tabiat suka bergaduhnya dulu masih gagal ditunaikannya.
Shah kemudiannya bingkas bangun dan bersiap untuk keluar. Hala tujunya pasti ke warung pisang goreng. Dia berjalan menuju ke warung pisang goreng yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Dalam perjalanannya dia terdengar suara memanggilnya. Dia menoleh dan terlihat Ain berada di warung berhampiran. Shah menuju ke arah mereka.
“Ain, kenapa kau keluar sorang? Kalau Farouk cari kau macam mana?” tegur Shah tegas.
“Shah, saya nak jumpa awak.” Jawab Ain.
“Kalau apa-apa jadi kan susah nanti. Kenapa tak call aku je?” soal Shah yang ternyata risau.
“Ada pernah awak bagi nombor telefon awak?” soal Ain kembali. Shah terkedu, memang dia tak pernah beri nombor telefonnya pada Ain. Waimah pada Nisa pun tidak.
“Ok, aku minta maaf. Jadi apa hajat kau?” soal Shah.
“Saya nak pulangkan sesuatu, saya rasa ni milik awak. Saya terjumpa di court basketball malam masa awak tunggu saya dan Farouk,” jelas Ain sambil menghulurkan seutas rantai emas kepada Shah.
Shah terkejut lantas mengambil rantai emas itu dari tangan Ain dan membelek-beleknya.
“Rantai ni nampak macam bermakna sangat pada awak?” soal Ain ingin tahu.
“Ya, sangat bermakna. Rantai ni milik arwah tunang aku,” jawab Shah. Ain seakan terpana mendengar jawapan dari Shah.
“Dia meninggal sebab sakit,” tambah Shah lagi.
“Shah, banyakkan berdoa untuk dia kalau awak sayangkan dia. Jangan meratap sedih atas kematian dia, Allah lebih sayangkan dia,” pujuk Ain.
“Aku tak meratap, cuma kadang-kadang aku rasa rindu.” Ujar Shah.
“Awak tak cari pengganti?” soal Ain pula.
“Kalaupun aku jumpa orang yang wajahnya serupa, tapi orangnya takkan sama.” Jawab Shah.
“Awak rasa saya boleh ganti tempat dia?” pancing Ain. Shah memandang Ain.
“Kenapa kau nak sangat ganti tempat dia?” soal Shah pula. Kali ni nadanya agak kasar.
“Sebab saya suka awak,” jawab Ain selamba. Jawapan Ain itu membuatkan Shah ketawa berdekah-dekah.
“Kenapa awak gelak? Saya jujur dengan apa yang saya cakap,” jelas Ain geram melihat Shah ketawa.
“Hati aku bukan untuk dimiliki,” jawab Shah tegas. Ain akur dengan kenyataan Shah, dia sedar dia bukanlah orang yang boleh menggantikan tempat arwah tunang Shah.
“Tapi, tak bermaksud hati aku tak boleh berubah. Cuma bukan sekarang masanya,” sambung Shah lagi dengan jawapan yang memberikan sedikit harapan buat Ain. Ain tersenyum gembira.
p/s : Apa yang akan jadi ek..? Coming soon Part 14.....
No comments:
Post a Comment