Friday, 21 October 2011
Sketsa Jumaat : Perhimpunan
"Pak Imam! Pak Imam!" jerit Jiman yang berlari termengah-mengah memanggil Pak Imam yang sedang sibuk main snooker sementara menanti masuknya waktu solat Asar.
"Apa hal kamu ni Jiman terjerit-jerit? Tengok! Dah tak cun dah aku main, lain bola aku hentam lain yang masuk! Rugi point tau!" marah Pak Imam.
Jiman diam sebentar, mengambil masa mengumpulkan nafas yang terbuang. Tercungap-cungap dia. Orang ramai mula memandang-mandang Jiman yang seperti ada hal penting.
"Pak Imam! saya tadi terserempak dengan anak Pak Imam, si Darwin. Diorang pergi perhimpunan haram Pak Imam, diorang ponteng sekolah hari ni!" report si Jiman yang merupakan kaki report kampung.
"Mana kamu tahu? Kamu nampak ke?" soal Pak Imam tak puas hati.
"Saya dengar dia sembang dengan kawan-kawan dia pasal perhimpunan, pasal pemilihan la. Dah la tak pakai baju sekolah, dia pakai t-shirt je Pak Imam!" cerita si Jiman sepenuh perasaan.
Pak Imam ternyata marah, dia rasa kecewa langung dengan sikap anaknya.
"Tok, kita sambung game lepas Asar nanti. Saya ada hal nak dihabiskan!" ujar Pak Imam kepada Ketua Kampung.
Dengan marahnya Pak Imam pulang ke rumah lalu ditempeleng anaknya si Darwin. Terkejutlah si Darwin saat menerima tempelengan dari bapanya tanpa soal selidik.
"Bapak kechewa dengan kau Darwin! Benar-benar bapak kechewa," ujar Pak Imam selepas menempeleng Darwin.
"Apa salah saya bapak? Kenapa bapak tempeleng saya tiba-tiba?" soal Darwin protes.
"Benarkah kau ponteng sekolah Darwin? Kau pergi perhimpunan haram di bandar? Sudah berapa kali bapak bilang, kalau nak terlibat dengan politik tunggu kau tamat sekolah dulu!" marah Pak Imam.
"Tapi bapak....."
"Sudah! Tak ada tapi-tapi! Bapak hantar kau ke sekolah, tapi kau sibuk dengan hal lain yang tidak ada kepentingan!" marah Pak Imam lagi.
"Tapi bapak....."
"Sudah aku bilang!" tengking Pak Imam.
"Baiklah bapak, memang saya ada pergi ke perhimpunan. Tapi saya tak ponteng sekolah pun," jelas Darwin.
"Bagaimana pulak kau kata kau tak ponteng sekolah tapi kau mengaku pergi ke perhimpunan haram tu? Ini kenapa pakai t-shirt ke sekolah? Lepas itu bapak dengar kau sibuk bercerita pasal pemilihan, apa kau fikir bapak ini bodohkah?" soal Pak Imam marah. Kali ni betul-betul punya marah.
"Bapak bapak...Saya pakai t-shirt sebab hari ni ada latihan sukan dan pemilihan untuk wakil sekolah ke peringkat daerah. Memang betul saya pergi perhimpunan, tapi perhimpunan sekolah la bapak. Hari ni kan hari Isnin, sekolah buat perhimpunan. Dah kenapa pulak saya nak pergi perhimpunan haram?" jelas Darwin memperbetulkan kekusutan bapaknya. Agak terkedu jugak la Pak Imam.
"Oh, macam tu ya? Baik-baik, bapak mintak mahap sebab menuduh kau bukan-bukan." kesal Pak Imam kerana menuduh anaknya.
"Cilakak kau Jiman, siap kau!" bisik hati Pak Imam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
muhahahhaha, berfikir sebelum bertindak
aik?? marah jiman lak??? fikir2 lah sebelum bertindak.. kata tok imam [=="]
hahahahaha terbaik wok
Post a Comment