♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Sunday 9 October 2011

Filem Rock Ooo : Rimba Bara Kembali!

Korang pasti teringat fenomena filem Rock! arahan pengarah tersohor Mamat Khalid yang pernah menggegarkan industri filem kita satu masa dulu bukan? Filem ni sekaligus mengenang kembali zaman kegemilangan Rock Kapak tanahair malah Mamat Khalid juga telah berjaya menjadikan filem Rock! sebagai sebuah filem yang terbaik!







Selepas beberapa tahun akhirnya Mamat Khalid kembali berhajat mencetuskan fenomena Rock Kapak dengan filem terbaru arahannya iaitu Rock Ooo : Rimba Bara Kembali! yang kini masih dalam proses penggambaran. Filem ini berjaya memanggil kembali pelakon hebat Que Haidar yang berehat hampir 2 tahun setelah dipujuk oleh Khir Rahman.


Nampaknya para peminat Rockers Tanahair pasti akan ternanti-nanti kelibat Amy Mat Piah, Jijo, Black, Zul Kapan & The Gangs! Apapun tahniah diucapkan buat Mamat Khalid kerana setiap filem di bawah arahannya pasti akan mencetus fenomena!

2 comments:

fi said...

lets say hello to the cinema then.. heee :)

p/s; blog fyza baru ada 260 awak

Anonymous said...

era singgah sini :) he he he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...