♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Saturday 22 October 2011

Misteri Volkswagon Kuning


Kisah seram dan misteri tentang Volkswagon Kuning sudah lama menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia tapi sejauh mana kesahihannya? Tetapi bagi Ali, seorang mekanik kereta, dia sendiri sudah melalui detik-detik cemas saat bertembung dengan Volkswagon Kuning yang dikatakan penuh misteri ini.

Hari itu Ali sepatutnya bertolak ke Sungai Petani bersama dengan beberapa konvoi rakannya kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di sana. Kerana sedikit masalah di bengkel menyebabkan dia terpaksa bertolak agak lewat dan membiarkan rakan-rakannya gerak dulu.

Ali selesai menyiapkan sebuah kereta BMW lebih kurang jam 10.40 malam dan dia terus bersiap-siap kemudiannya bertolak sekitar jam 11.30 malam dari Kuala Lumpur. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani memakan masa hampir 5 jam jika memandu secara berhemah.

Perlahan-lahan dia memandu dan mula memasuki lebuhraya sambil dialunkan lagu-lagu klasik rock. Lebih kurang jam 1 pagi, Ali melalui kawasan yang agak sunyi di Gua Tempurung, Perak. Kabus agak tebal dan kedinginan malam mulai mencengkam tubuh kecilnya walaupun dia tak guna aircond.

Entah tiba-tiba dia teringat akan kisah-kisah seram yang pernah diceritakan oleh orang tua-tua serta kawan-kawannya. Ali cuba menguatkan semangat. Tiba-tiba sebuah Volkswagon Kuning memintas dengan lajunya membuatkan Ali tergamam.

"Laju gile kereta kodok ni!" bisik hati Ali.

Beberapa ketika kemudian sekali lagi Ali dipintas oleh Volkswagon Kuning tadi. Kali ini Ali terkejut dan mula rasa takut. Lebih-lebih lagi dia teringat mengenai kisah misteri Volkswagon Kuning yang dikatakan berpuaka di situ. Dek kerana takut, sampai doa makan pun dia baca.

Sekali lagi Volkswagon Kuning memintasnya dan kali ni siap dibunyikan hon. Ali takut, lantas dia memecut keretanya dan memintas Volkswagon tadi. Tapi secara tiba-tiba Volkswagon tadi ada di depan membuatkan Ali bertambah panik dan takut. Dipintasnya lagi tapi tak lama kemudian ada lagi di depannya.

"Ya Allah, kau lindungilah aku dari gangguan iblis ni!" doa Ali.

Kemudian dia ternampak kelibat Volkswagon di hadapannya lalu dia nekad memintas dan kemudian dalam ketakutan dia cuba memandang ke arah Volkswagon terbabit.

"Kurang asam, konvoi kelab Volkswagon rupanya! Dah la semua kaler kuning, buat aku panik je!" bentak Ali saat dia menyedari dia rupanya bertembung dengan konvoi Volkswagon.

p/s : Kalau aku pun panik beb......

4 comments:

Ayien Ocaca said...

HAHAHA...hampeh betul...
apsal die konvoi tgh2 mlm...
aishhh

miera said...

ahaha
da agak da konvoi tu..
hee

fi said...

sungai petani?? fofular sebenatar.. kuikui :p

serius bikin cuak tp fyza pon pnah ada pngalaman gak dgn keter tu.. smada tu khayalan atau betul entah la

EYQASARA said...

aku dgrnye panik.. rupe2nye konvoi... hahaa.. terbaek!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...