♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Sunday, 9 October 2011

Sekadar Berpesan-Pesan

Mungkin ada yang pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan diri kita sekali lagi. Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Bayangkan benda ini berlaku pada kita.

Suatu hari pada masa solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa senapang. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik,


“Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah, sila berdiri di tempat kamu” 

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka bertempiaran lari para jemaah untuk menyelamatkan diri. Daripada 1000 orang tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Imam sambil berkata,


“Ok, Pak Iman. Saya dah halau orang-orang yang hipokrit. Sekarang bolehlah Pak Iman mulakan solat Jumaat”. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

Macam mana? Adakah korang rasa lawak dengan cerita di atas atau korang fikirkan ianya tak masuk dek akal? 


Bayangkan, dari 1000 orang yang mengaku Islam, hanya 20 yang betul-betul beriman. Bayangkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah apabila berhadapan dengan bahaya. Kedua-dua lelaki tadi hanya membawa senapang, tak pulak dia kata nak bunuh sesiapa. Tapi generasi sekarang sangat lemah. Baru kena gertak sikit dah lari lintang-pukang.


Bayangkan ada juga orang yang agamanya cuma seminggu sekali sahaja. Itu pun bila waktu solat Jumaat baru tunjuk muka kat orang kampung. Lagi dashyat yang setahun 2 kali waktu sembahyang raya je.

Zaman sekarang ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh media massa daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran.

Ramai yang percaya dunia hanya sementara dan akhirat adalah tempat yang kekal. Tapi ramai jugak yang berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia.

Kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend kita berjam-jam lamanya, tapi macam liat sangat nak luangkan 10 minit masa kita untuk menunaikan solat. 5 kali sehari je pun.

Kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah tapi macam payah sangat nak berkongsi artikel-artikel yang berunsur keagamaan.



Semua yang dinyatakan ada tersurat dan tersiratnya. Setiap baik atau buruk, terpulang pada individu untuk menilaikan. Aku hanya menyampaikan, berpesan-pesan kepada seluruh saudaraku jugak kepada diri aku sendiri. Semoga Allah merahmati kita semua, Insyallah.

2 comments:

Unknown said...

Aiseyh..bg sy masok dek akal..hehe..
mule2 bace, ade la sikit takot..bile bace dialog laki yang tutup seluruh tubuh, lawak pulak..tapi mereke dtg ke masjid untuk mendapatkan keredhaan Allah..pergi untuk menyelamatkan diri..takot dlm diri..xsemestinyer hipokrit..yang penting ikhlas kerane Allah..kalau kite sebagai jemaah di situ, ape yang awak buat???..letakkan diri kiter..hehe..bdw..sgt nice your entry..=)

Bro M.7. said...

saya nak jadik yg pegang senapang tu.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...