♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Tuesday, 11 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 7

Kelas baru saja tamat, semua pelajar cepat-cepat beredar keluar. Ain berjalan keluar dari kelas sendirian. Matanya meliar mencari kelibat rakan-rakannya yang awal-awal lagi sudah menghilangkan diri. Tiba-tiba matanya tertumpu di suatu sudut. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri seakan menunggu seseorang. Dengan pantasnya Ain menuju ke arah lelaki tersebut.

“Hai sayang, dah lama you tunggu? Kenapa nak datang tak call dulu?” sapa Ain kepada lelaki tersebut.

“I saje nak suprise you. You free tak? I nak ajak you keluar jalan-jalan, pergi tengok wayang ke?” pelawa lelaki tersebut.

“I memang free sekarang, tapi I lapar la sayang. Kita pergi makan dulu ye?” pinta Ain manja. Lelaki tersebut segera membuka pintu keretanya sebagai tanda setuju. Mereka kemudiannya keluar bersama.

Dari jauh Nisa memerhatikan Ain. Dia agak kehairanan kerana Ain tak pernah sekalipun bercerita yang hatinya telah dimiliki. Shila yang turut berada bersamanya juga kehairanan.

“Ain keluar dengan siapa tu Nisa?” sapa Shila. Nisa sekadar mengangkat bahu tanda tak tahu.

“Aku tak pernah tau Ain ada boyfriend pulak. Kau pun tak tau ke Nisa?” soal Shila lagi ingin kepastian.

“Entahlah Shila, kebelakangan ni aku rasa Ain yang aku kenal ni bukan orang yang sama dengan Ain yang dulu. Aku pulak yang jadi bingung,” jelas Nisa.


“Sayang, you tau tak ada orang cari pasal dengan I. Geram betul I dengan dia,” keluh Ain mengadu mengenai sikap Shah. Ternyata dia berdendam dengan Shah.

“Siapa yang berani sangat tu? Bawak I jumpa dia, biar I ajar dia!” gertak si lelaki bagaikan harimau yang lapar.

“Nanti I tunjuk kalau kita nampak dia nanti. I tau dia selalu main area mana,” ujar Ain.

Entah kebetulan Ain terlihat kelibat Shah sedang membeli pisang goreng di sebuah warung di tepi jalan lantas disuruhnya lelaki itu memberhentikan keretanya.

“Kenapa ni sayang? Ada apa?” tanya lelaki tersebut.

“Tu la orangnya yang cari pasal dengan I tu! Benci betul I tengok dia! You ajar dia sikit sayang!” arah Ain. Lelaki itu keluar dengan lagaknya menuju ke arah Shah yang sedang membelek-belek majalah di gerai kecil bersebelahan warung pisang goreng tadi.

Dengan tidak semena-mena satu tumbukan hinggap di muka Shah menyebabkan dia rebah ke tanah.

“Adoi! Dah kenapa ni bro? Kalaupun nak sangat tumbuk aku, bagi salam la dulu!” marah Shah. Dalam situasi begitupun masih sempat dia berseloroh.

Orang ramai yang berada di situ cuba menenangkan keadaan yang agak tegang. Ada juga yang lari ketakutan. Shah bangun dengan tenang. Masih mampu tersenyum walaupun tumbukan tadi agak kuat.

“Kurang ajar punya jantan! Berani kau cari pasal dengan awek aku ye? Kau belum kenal aku siapa!” kata lelaki tersebut penuh kemarahan.

“Kau tak kenalkan diri kau, macam mana aku nak kenal kau siapa? Oh, perempuan tu awek kau ke? Elok sangat la, sesuai dengan kau. Sorang takde mata, sorang lagi takde adab. Sesuai sangat la,” balas Shah sambil mempersendakan Ain dan lelaki terbabit.

Kerana terlalu marah, lelaki itu mencapai kayu dahan pokok berhampiran menghayun ke arah Shah. Shah mengelak menyebabkan orang lain yang menjadi mangsa. Seketika kemudian datang 2 orang anggota polis berpakaian preman menenangkan keadaan. Mereka berdua dibawa ke balai polis berhampiran.

“Apa punya orang, akal takde agaknya! Ada ke orang tengah diam-diam ditumbuknya? Tangkap je dia encik!” marah pakcik peniaga pisang yang geram dengan tindakan lelaki tadi terhadap Shah.


Ketika dibebaskan dari tahanan, Ain dengan muka mencuka menemui kekasihnya. Kemudian dia merenung tajam ke arah Shah. Shah menuju ke arah kekasih Ain, dia berdepan dengan lelaki terbabit di dalam balai polis itu. Shah merenung tajam ke mata lelaki tersebut.


“Aku nak kau ingat baik-baik! Nama aku Shah! Kalau betul kau tak puas hati dengan aku, jumpa aku kat padang basketball depan rumah teres dekat tempat kau serang aku tadi!” ujar Shah. Kali ini sikapnya sangat berbeza, nada percakapannya pun berlainan. Penuh dengan kemarahan. Kemudiannya dia terus berlalu.

Lelaki terbabit agak kelu dengan cabaran Shah, dia sebenarnya mulai rasa takut. Ain juga begitu, hatinya mulai rasa tak sedap.

“Sayang, you OK ke? Kalau you rasa takut, kita report la polis yang mamat tu ugut you!” pujuk Ain tatkala melihat airmuka kekasihnya seakan ketakutan.

“Eh, mana I takut! Dia belum kenal I siapa! Tadi baru sikit I bagi, nasib baik polis datang. Kalau tak, mau pecah muka dia I kerjakan!” jawab lelaki terbabit dengan bongkaknya. Biasa la, tunjuk samseng depan girlfriend.

Tiba-tiba datang seorang anggota polis berpangkat Konstabel kepada mereka. Konstabel tersebut membisikkan sesuatu ke telinga lelaki terbabit.

“Bang, awak silap orang mau main la. Nasihat saya, lebih baik blah cepat!” bisik Konstabel terbabit sebelum dia berlalu masuk ke dalam balai.

Demi menjaga maruah kelakiannya di hadapan Ain, dia nekad mahu berjumpa dengan Shah. Melihat saiz badan Shah yang agak kecil, dia yakin dia mampu menewaskan Shah dengan mudah kalau mereka bertumbuk sekalipun. Mereka segera masuk ke dalam kereta dan menuju ke tempat yang dijanjikan Shah.

p/s : To be continue Part 8.....

2 comments:

Ungu Violet said...

e'eh cepatnye kuar...mantap..:)

The day we meet said...

wah best2..tp mesti epidod depan bila dorang berlawan..syah menang kn?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...