♪ KEPADA YANG ESA KU POHONKAN SEMOGA TEMPATMU DI SISINYA.. ♫

Wednesday 12 October 2011

Tinggal Potret Itu : Part 9

Seminggu kemudian...

Ain berjalan keluar bersama Nisa dan Rina selepas tamat kelas. Mereka bercadang untuk ke bandar hari ini, maklum la duit PTPTN baru masuk. Setibanya di bandar, Ain meminta izin untuk ke pejabat pos sementara Nisa dan Rina menuju ke restoran berhampiran untuk menikmati makan tengah hari.

Ain berjalan menuju ke pejabat pos. Setibanya di suatu jalan yang agak sepi, dia ditarik seseorang dan mulutnya ditutup menyebabkan dia tak mampu menjerit meminta pertolongan. Selepas meronta-ronta beberapa ketika, orang itu melepaskan Ain dan menolaknya ke dinding bangunan.

“Kau? Apa lagi kau nak?” bentak Ain tatkala dia tahu kelibat lelaki itu ialah Shah.

“Mana jantan kau? Aku nak dia!” pinta Shah kasar. Ternyata Shah sudah mempersiapkan dirinya kali ini.

“Yang kau tak puas hati ni apasal? Hari tu kau lari! Pengecut punya jantan!” bentak Ain.

“Aku lari? Jantan anak haram tu hantar orang pukul aku, kau kata aku lari? Aku sikit pun tak goyang la kalau setakat jantan kau tu sorang! Kenapa mesti nak main bangsat hah?!” teriak Shah yang nyata tak berpuas hati.

Ain terkedu dengan penjelasan Shah. Nak dikata Shah tipu tapi jelas kelihatan kesan pergelutan pada muka Shah.

“Kau dengar sini perempuan! Aku tak akan apa-apakan kau, aku cuma nak jantan keparat tu je! Kalau dia hebat sangat kenapa mesti nak hantar orang? Tak berani nak one by one?!” bebel Shah lagi.

“Kau janji kau tak akan apa-apakan aku?” soal Ain. Ain mulai rasa simpati ke atas apa yang menimpa Shah.

“Masalah aku bukan dengan kau! Sekarang ni aku nak kau bawak dia jumpa aku!” jelas Shah cuba meyakinkan Ain.

“Baik, aku pegang janji kau. Aku akan bawa dia pada kau. Malam ni kat taman tasek dekat dengan Impian Nursing College, jam 8.30 malam!” jelas Ain. Kali ini dia mulai rasa meluat dengan kekasihnya kerana padanya tergamak kekasihnya mengupah orang memukul Shah.

Malam itu seperti dijanjikan, seawal jam 8 lagi Shah sudah menanti kemunculan Ain dan kekasihnya yang hebat sangat tu. Shah sudah mempersiapkan dirinya, malam ini dia akan melangsaikan segala yang terpendam. Sekitar jam 8 lebih kelihatan sebuah kereta Honda Civic meluncur masuk ke perkarangan taman tasek. Shah sudah nampak kelibat Ain keluar dari pintu penumpang, Shah menyusun strategi. Seketika kemudian kedengaran perbualan mereka.

“You tak payah takut la! Ini Farouk la! Farouk belum pernah kalah tau!” ujar kekasih Ain dengan bongkaknya.

“Farouk nama dia? Tak komersil langsung!” bisik hati Shah sambil tergelak sendirian.

Saat si Farouk menutup pintu kereta, Shah meluru dan terus menyerang Farouk bertubi-tubi. Satu demi satu tumbukan singgah di muka Farouk. Farouk langsung tak berdaya melawan, Shah terlalu kuat untuk ditentangnya kali ini. Ain hanya mampu melihat, dia mulai rasa takut. Shah bangun, mengheret Farouk ke satu sudut kemudian dilepaskan satu tendangan tepat ke perut Farouk menyebabkan Farouk rebah tak bermaya.


Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi siren kereta polis. Shah segera mencapai tangan Ain dan membawanya lari dengan keretanya. Farouk pula, terbaring tak sedarkan diri. Terlerai sudah dendam Shah malam ini.

Ain hanya terdiam, tak mampu berkata apa. Dia terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya. Kekasihnya Farouk yang berbadan tegap dan sasa sekelip mata tumbang di tangan Shah. Shah kemudian memberhentikan keretanya di hadapan kolej Ain.

“Balik sekarang, masuk rumah, kunci mulut kau! Antara kau dengan aku takde apa-apa masalah mulai sekarang!” ujar Shah mengarah Ain pulang. Ain akur, dia keluar dari kereta dan meluru masuk ke hostel.

Shah segera memecut keretanya dan hilang dalam samar cahaya malam.


p/s : Part 10 in progress.....

1 comment:

The day we meet said...

agak2 nant syah kena tangkap polis ke?huhu...

x sbr tggu next episod..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...